Monday, March 23, 2009

SAIZ PAYUDARA MENENTUKAN PERANGAI WANITA???

Seorang penyelidik dari Rome, Itali mendakwa beliau dapat mengetahui perangai seseorang wanita menerusi bentuk dan saiz payu daranya. Akhbar Jerman, Bild, melaporkan pakar seksologi, Piero Lorenzoni berkata bentuk payu dara seseorang wanita menggambarkan karektor diri wanita tersebut. Beliau mengkategorikan bentuk payu dara kepada buah-buahan dan menyatakan lelaki boleh membuat carta horoskop masing-masing bagi mendapatkan bayangan mengenai tingkah laku seseorang wanita. Sejauh manakah kebenaran ni sume? Aku pun tak tahu sebab aku bukan seorang wanita. hoho maybe wanita di luar sana lebih mengetahui sifat dan perangai masing-masing.

 1) Carta buah-buahan itu bermula dengan bentuk semula jadi seperti tembikai. Menurut Lorenzoni, wanita yang mempunyai payu dara besar dan bulat seperti tembikai mungkin bersifat keibuan tetapi sebenarnya membayangkan karektor yang lebih jauh. "Wanita jenis ini suka makan dan mahu dimanja serta sering dipuji. Bagaimanapun wanita ini tidak mahu kerap bersenggama," katanya.

2) Bagi lelaki yang mahukan seseorang yang agak ceria dan sederhana maka mereka boleh memilih wanita yang mempunyai payu dara seperti buah lemon yang agak tertonjol dan ketara. "Wanita seperti ini penuh dengan keceriaan, malah ada kalanya ketawa sendirian. Mereka sentiasa mahukan kehidupan yang seimbang tanpa kejutan," katanya.

3) Payu dara yang pejal dan bujur seperti nanas menggambarkan wanita yang cerdik, kebiasaannya menumpukan kepada kerjaya tetapi tetap romantik. "Mereka juga seorang yang setia dan jarang wanita yang mempunyai payu dara sedemikian cepat jemu dengan tingkah laku kekasihnya," kata pakar itu.

4) Bagi mereka yang mempunyai payu dara seperti limau gedang yang pejal tetapi lembut kebiasaannya tidak mempunyai prestasi seks yang baik. "Mereka mungkin kelihatan menghairahkan tetapi sebenarnya agak menjemukan serta sering mahu terperuk di rumah. "Jenis ini lebih suka memanjakan kekasih dan mengutamakan kelembutan dan kemesraan daripada seks," kata Lorenzoni.

5) Katanya wanita yang memiliki buah dada berbentuk oren jarang naik angin tetapi mempunyai keyakinan diri dan tidak begitu mengutamakan seks manakala wanita yang memiliki payu dara kecil seperti buah ceri biasanya agak lucu, amat teruja, cerdik dan menghiburkan selain pasangan baik untuk kehidupan harian serta agak ghairah.

6) Lorenzoni berkata, wanita yang mempunyai bentuk seperti buah pear adalah wanita yang dapat menumpahkan kasih sayang dalam semua aspek kehidupan dan taat kepada agama tetapi kebanyakan wanita seperti ini juga didapati kerap menduakan suami.

Anda yang boleh menentukan samada artikel ini betul ke tidak...sama2lah kita pikir.

sumber : X-po

Thursday, March 12, 2009

WANITA TIDAK TAHU MEMAKAI COLI




Sembilan daripada sepuluh wanita mengenakan baju dalam tidak sesuai saiz

KAJIAN dilakukan terhadap wanita di seluruh dunia mendapati 80 peratus daripada mereka tidak memahami kepentingan pakaian dalam, gaya dan saiz sesuai untuk payudara.

Lebih memeranjatkan, sembilan daripada sepuluh wanita mengenakan coli tidak sesuai saiz sendiri manakala 60 peratus tidak menepati kehendak dan keperluan badan serta payudara ketika memakai coli.

Memahami pentingnya memilih coli yang sepadan, Pengurus Pemasaran Bahagian Pembelian dan Pembangunan Avon Cosmetics, Hanim Sharom memberikan beberapa tip dan panduan mudah untuk wanita ketika memilih pakaian dalam supaya kesilapan kecil yang dilakukan tidak menjejaskan kesihatan mereka.

"Wanita mengalami perubahan fasa di dalam hidup sehingga mengubah perkembangan biologi antaranya perubahan berat badan, proses kehamilan dan ketika haid," katanya.

Pada peringkat awal perkembangan biologi tubuh wanita, payudara kecil dan tidak kelihatan. Di usia sekitar 10 tahun, lapisan lemak di bawah epidermis masih lagi tidak terlalu tebal manakala ketika mencapai tahap matang, berlaku perkembangan optimum tubuh wanita dan ketika ini pertumbuhan payudara mulai matang.

Bagaimanapun, selepas usia 35 tahun, pertumbuhan lemak di bahagian bawah epidermis telah sempurna dan menyebabkan bentuk payudara mulai berubah dan mengendur.

Hanim berkata, pemilihan padanan coli yang sesuai saiz payudara dapat membantu memberikan ilusi tubuh lebih ramping, sempurna serta kelihatan tambah menarik.

"Adalah penting bagi wanita untuk mengenal rupa bentuk dan posisi payudara mereka sama berbentuk bulat, pendulous (jatuh) atau pun kecil atau di dalam posisi normal, jauh juga dekat," katanya.

Bagi mengenal pasti kiraan tepat untuk jenis payudara, gunakan teknik tiga segi. Jadikan titik puting dan tulang dada sebagai penanda.

Payudara normal adalah untuk ukuran sama antara tiga titik penanda, ukuran rapat jika jarak antara dua titik puting dekat manakala ukuran jauh jika titik yang sama mempunyai jarak yang lebih panjang berbanding jarak antara titik puting dan tulang dada.

"Selepas anda mulai mengenal payudara sendiri, mulakan memilih coli sesuai supaya payudara yang besar tidak terlihat terlalu menonjol manakala pemilik payudara kecil tetap kelihatan feminin.

"Contohnya wanita yang memiliki payudara bulat padat, kenakan coli potongan klasik bercawan penuh untuk mengelakkan kesan jangka panjang ketika proses pengenduran.

"Jika selesa mengenakan coli tanpa dawai, anda perlu memastikan coli ada struktur sokongan tambahan dengan tali bahu yang lebar, kancing dan sayap belakangnya juga perlu lebar," katanya.

Ada juga wanita malu memiliki payudara besar. Avon Intimate tidak terkecuali mencipta sejenis coli yang mampu membuatkan payudara kelihatan satu saiz lebih kecil.

"Dinamakan 'minimizer', coli potongan unik ini direka khas untuk pemilik payudara bulat padat dan besar kelihatan lebih menawan dan cantik terbentuk.

"Perkara yang memalukan jika butang kemeja anda terbuka kerana bahagian berkenaan ketat dan sarat, jadi pemakaian coli 'minimizer' boleh mengelakkan situasi berulang malah kemeja juga terlihat lebih kemas dan selesa di pakai," katanya.

Pemakaian coli seharusnya tidak membebankan pemakai. Justeru, untuk memastikan pemakaiannya selesa, pastikan cawan coli tidak menekan payudara, membentuk kesan membonjol atau sehingga isi kelihatan terkeluar di bahagian atas, tepi dan belakang lengan.

Soal penjagaan boleh menentukan jangka hayat pakaian dalam anda, kerana ketahanan dan keanjalannya bergantung kepada kekerapan memakai, mengering dan membasuh.

"Periksa pakaian dalam anda setiap enam bulan. Selain itu, kaedah penyidaian dan lipatan boleh menentukan pakaian anda tahan lebih lama," katanya.

FAKTA: Payudara kecil

- Pilih cawan separuh atau tiga suku menutupi payudara dengan alas

- 't-shirt bra' dan 'push up bra' akan membantu memberikan kepadatan tambahan

Payudara pendulous

- Coli berdawai paling sesuai untuk menampung dari bahagian bawah

- Coli berlapisan span boleh membantu mengisi bahagian yang kosong

- Coli tidak berdawai tapi bercawan penuh, mempunyai struktur sokongan tambahan, bertali lebar, kancing dan sayap belakang lebar sesuai untuk wanita yang memiliki payudara pendulous bersaiz besar.

Payudara posisi jauh

- Pilih coli berdawai atau tidak berdawai yang direka khas untuk memberikan sokongan sisi lebih mantap kerana ia mampu merapatkan posisi payudara.

Payudara posisi rapat

- Sebaik-baiknya pakai coli berdawai yang mampu menjarakkan kedudukan antara payudara (bahagian tengah coli yang terbahagi).


INFO : Bagaimana mengukur saiz coli?


Ukur saiz badan

- Ukur sekeliling bawah payudara dan gunakan jadual di bawah untuk mendapatkan saiz coli

Saiz badan TAMBAH Saiz coli
Nombor genap 28" +4" 32"
Nombor ganjil 29" +5" 34"


Ukur saiz mangkuk

- Ukur bahagian paling penuh payudara kemudian cari beza antara saiz coli (SC) dengan saiz payudara (SP) untuk mendapatkan saiz mangkuk coli

Beza SP-SC Saiz mangkuk

0 A
+1" B
+2" C
+3" D
+4" DD

Tuesday, March 10, 2009

SOAL JAWAB PAYUDARA

Malu payudara tak sama besar

SAYA berumur 23 tahun dengan ketinggian 159 sentimeter dan berat 46.5 kilogram. Saya masih belajar di institusi pengajian tinggi.
Saya pernah mendengar masalah mengenai payudara tidak sama besar yang dianggap biasa tetapi masalah saya agak ketara kerana ia umpama perbandingan antara buah epal dengan buah rambutan iaitu payudara kiri lebih besar daripada payudara kanan.
Saya terpaksa meletakkan tisu supaya ia nampak sama besar tetapi tentunya ia tidak kelihatan seperti bentuk semula jadi.
Ini menyebabkan saya terlalu rasa rendah diri lantas mengambil keputusan untuk tidak mahu berkahwin. Adakah ini kanser? Jika saya ingin mendapatkan rawatan, berapakah anggaran kos rawatan memandangkan saya masih belajar.

aLIA,sELANGOR.


PERBEZAAN saiz payudara yang ketara lebih lazim berlaku di kalangan ibu yang menyusukan badan yang cenderung menyusu dari sebelah payudara saja.

Inikerana bayi mungkin lebih 'menyukai' sebelah payudara saja. Akibatnya payudara
yang menyusukan bayi itu lebih besar berbanding payudara yang tidak digunakan
untuk susuan.

Dalam keadaan ini, ibu terbabit digalakkan memulakan
penyusuan daripada payudara yang kecil sehingga bayi menolaknya kemudian barulah
disambung penyusuan daripada payudara yang besar.

Amalan ini digalakkan
berdasarkan teori merangsang payudara. Anda mungkin boleh mencuba teknik
rangsang manual (menggunakan tangan anda) ini ke atas payudara yang kecil.

Kaitan dengan kanser kecil ada kemungkinannya lebih-lebih lagi jika anda
sememangnya mengalami masalah ini sejak awal kedatangan haid dulu.

Bagaimanapun, pemeriksaan fizikal dan imbasan ultrabunyi ke atas
payudara dapat membantu mengetepikan kemungkinan barah dan menghentikan
kerisauan anda.

Pembedahan untuk membesarkan payudara lazimnya dilakukan
pakar bedah plastik, kosnya berbeza-beza mengikut keperluan namun secara amnya
mencecah ribuan ringgit.

Pengambilan ubat-ubatan pula lazimnya memberi
kesan sistemik ke atas kedua-dua belah payudara, ia juga mempunyai kesan
sampingan tersendiri. Untuk permulaan, anda boleh berjumpa dengan pakar bedah am
untuk mendapatkan nasihat lanjut.

____________________________


Keluar cecair seperti susu

SAYA baru berusia 21 tahun dan belum berkahwin. Baru-baru ni saya mengurut payudara seperti biasa untuk memastikan jika terdapat sebarang benjolan.

Ketika saya memicit puting untuk membersihkan payudara, tiba-tiba keluar setitik cecair namun saya tidak pasti mengenai cecair berkenaan. Cuma setiap kali dipicit, cecair itu keluar. Apakah ia susu ibu? Adakah ia berkaitan dengan masalah hormon?


MIMI,Johor


SEELOKNYA anda mendapatkan pemeriksaan doktor untuk kepastian. Ciri cecair seperti warna, sama ada bercampur darah atau nanah dan seumpamanya dapat membantu mengesahkan keadaan sebenar.

Di samping itu, pemeriksaan fizikal ke atas payudara anda juga dapat membantu mengesan kehadiran ketulan atau benjolan. Ujian ultrabunyi payudara juga boleh membantu.

Jika ia susu badan, ujian darah mungkin dilakukan untuk mengesan paras hormon berkaitan seperti hormon prolaktin. Ujian susulan lazimnya bergantung kepada paras hormon ini dan jika terdapat simptom tambahan seperti pening, penglihatan bertindih dan seumpamanya.

Masalah hormon juga boleh menyebabkan masalah lain seperti gangguan haid. Jika parasnya normal, doktor mungkin menasihatkan anda untuk tidak merangsang payudara dan puting.

Rangsangan manual ke atas payudara dan puting juga boleh menyebabkan pengeluaran susu badan seperti yang dilakukan wanita yang ingin menyusu badan.


____________________________

Saiz Payudara Kecil

Saya seorang gadis berusia 25 tahun yang berbadan kecil jika dibandingkan dengan rakan-rakan seusia. Masalahnya, saya hilang keyakinan diri kerana sering dianggap tomboy serta berjiwa lasak semata-mata kerana saiz payudara yang kecil. Apakah muslihat pemakaian coli yang dapat membantu menyelesaikan masalh ini? Saya ingin kelihatan feminin sekaligus mengubah tanggapan orang lain terhadap diri saya.

Liyana, s.alam

Memiliki saiz payudara kecil bukan bermakna anda tidak feminin. Meskipun ramai di kalangan wanita berpayudaara kecil memilih untuk melakukan pembedahan pembesaran, hasilnya mungkin di luar keinginan, dan mungkin juga lebih menyusahkan diri serta mengundang bahay jika berlaku komplikasi. Alternatif terbaik ialah menerima kenyataan seadanya dan mengambil langkah lebih selamat untuk tampil lebih berisi.

*TIPs
Apakah yang perlu anda lakukan?

-Coli bersaiz tepat dan rekaan coli yang sesuai
-Coli Push-up ATAU coli beralas span tebal
-Alas tanbahan coli
-Pakaian yang sesuai

____________________________________








_______________________________

Coli Untuk Ibu Hamil

Ketika ini saya sedang hamil empat bulan anak pertama. Apakah panduan dan jenis-jenis coli yang sesuai untuk dikenakan pada waktu ini?

Pn.Yati,sabak bernam


Ketika hamil, pembesaran payudara akan lebih tertumpu di bahagian cup dan sekeliling tubuh. Setiap wanita di galakkan untuk mendapatkan ukuran sebenar pada tempoh utama kehamilan.


PERINGKAT PERTAMA- Peningkatan saiz payudara yang paling ketara berlaku pada peringkat pertama kehamilan (first trimester). Dapatkan ukuran baru saiz coli pada minggu ke-12 dan ke-14 kehamilan. Untuk mengelakkan ligamen daripada terlampau meregang, tukar saiz coli yang sesuai bila diperlukan-Anda masih perlu memilih coli sepadan dengan bentuk payudara dan posisi payudara seperti sebelum anda hamil.

PERINGKAT KEDUA- Tubuh akan berubah secara berterusan pada peringkat kedua (second trimester). Lakukan pengukuran saiz coli peringkat kedua di antara minggu ke-24 dan 26.Tukar coli jika saiz berubah.

____________________________________
Gadis bimbang puting tenggelam

SAYA berumur 25 tahun dan belum berumah tangga. Saya keliru kerana kedua-dua payudara saya tidak mempunyai puting. Adakah perkara ini normal? Saya menyedari perkara ini apabila menyedari rakan saya menyusukan anaknya.

Jika ia bukan sesuatu yang normal, apakah yang patut saya lakukan?

CT,S.alam


ELOK anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan pengesahan. Jarang untuk seseorang (wanita atau lelaki) langsung tidak mempunyai puting payudara, berkemungkinan ia kurang nyata disebabkan ia termasuk ke dalam. Keadaan ini dinamakan 'inverted nipple'.

Dalam kebanyakan kes, ia perkara biasa yang tidak membahayakan kesihatan. Ia juga kebiasaannya boleh dibetulkan tanpa memerlukan pembedahan, tetapi memerlukan kesungguhan dan kesabaran kerana teknik manual ini memakan masa yang lama.

Hanya dalam segelintir kes (terutama jika menampakkan perubahan bentuk kerana sebelumnya puting payudara ini kelihatan), ia memerlukan ujian lanjut selain pemeriksaan fizikal bagi memastikan tiada penyakit payudara dialami.

Dalam keadaan 'inverted nipple', teknik mengeluarkannya mudah tetapi perlu selalu diulangi sekerap mungkin, bukan menunggu sehingga hamil atau bersalin kelak. Satu daripadanya adalah meletakkan ibu jari dan jari telunjuk atau jari tengah pada pangkal kawasan puting, kemudian jari ini digerakkan ke arah luar sambil menekan kawasan terbabit. Kadangkala puting yang keluar ini akan masuk semula selepas jari dilepaskan, tidak mengapa.

Ulangi sekerap mungkin. Usah bimbang, jika ia masih tidak keluar sehingga selepas kelahiran kelak, susu badan masih boleh dihasilkan.


______________________________

Gadis runsing terlalu kurus

SAYA berusia 17 tahun dengan ketinggian 159 sentimeter dan berat 38 kilogram (kg). Saya mengalami masalah kurus dan saiz payudara yang terlalu kecil.

Saya runsing memikirkan masalah ini kerana saiz payudara saya tidak membesar sejak saya berusia 13 tahun. Ia juga menyebabkan saya sering berasa rendah diri.

Adakah menambah berat badan boleh meningkatkan saiz payudara saya? Jika tidak, apakah cara yang boleh saya lakukan untuk membesarkan payudara?

Gadis Runsing,Perak


ANDA dinasihatkan berjumpa pakar perubatan dalaman terlebih dulu untuk pemeriksaan dan ujian berkenaan. Di bawah 50kg, berat anda dikategorikan sebagai kurang ideal. Pemeriksaan ke atas hormon tertentu mungkin dapat mengenal pasti ketidaknormalan perkembangan dan ubahsuai pemakanan anda juga dapat membantu meningkatkan berat badan anda kepada di antara 50 hingga 62kg.

Ketiadaan ovulasi yang sering berlaku dalam tahun awal kedatangan haid boleh mempengaruhi pengeluaran hormon pregesteron dari ovari dan hormon pembesaran (GH) dari kelenjar pituitari otak juga boleh memberi kesan terhadap pertumbuhan duktus payudara seseorang.

Hormon estrogen dan prolaktin juga memainkan peranan. Seeloknya elakkan atau hadkan pengambilan ubatan atau pembedahan terlebih dulu tanpa pemeriksaan lanjut doktor.

Monday, March 2, 2009

INFO BERKAITAN PAYUDARA


Kanser Payudara
Punca, faktor risiko, tanda, pencegahan dan pemakanan untuk kanser payudara.
Kanser payudaya berpunca dari sel-sel payudara yang telah berganda tanpa dapat dikawal. Sel - sel ini dinamakan sel-sel kanser dan boleh merebak ke sel-sel lain melalui peredaran darah atau limfa.

Punca Barah Payudara
Setakat ini, bagaimana barah payudara boleh timbul belum diketahui lagi. Penyelidik-penyelidik telah membuat kesimpulan bahawa punca utama menyebabkan penyakit barah adalah gandingan faktor keturunan (faktor genetik) dan persekitaran (faktor alam sekeliling).

Mereka yang Berisiko
Umur yang makin meningkat (terutamanya selepas 40 tahun)
Mempunyai sejarah keluarga yang mengidap penyakit kanser payudara (ibu, kakak, adik)
Tidak pernah melahirkan anak
Telah menghidap kanser pada sebelah payudaya
Mengamalkan diet tinggi lemak haiwan



Tanda-tanda Kanser Payudara
Ketulan yang luar biasa pada payudara atau ketiak
Terdapat perubahan pada kulit payudara
Terdapat cecair luar biasa yang keluar dari puting payudara
Sebarang perubahan pada puting payudara, seperti kedudukan puting masuk ke dalam, kemerahan atau luka.
Kesakitan berterusan yang luar biasa pada payudara.



Langkah Pencegahan
Pemakanan yang sihat iaitu kurangkan lemak, lebihkan sayur-sayuran, buah-buahan dan serat dalam makanan
Elakkan makan, makanan yang yang tercemar dengan bahan kimia seperti racun perosak
Kekalkan berat badan yang ideal walaupun selepas usia eramas (menopaus)
Lakukan pemeriksaan sendiri payudara setiap bulan
Lakukan pemeriksaan di klinik anggota perubatan yang terlatih setiap tahun, sekiranya anda melebihi 30 tahun
Dapatkan pemeriksaan doktor segera sekiranya terdapat sebarang perubahan luar biasa pada payudara anda



Pemakanan dan Kanser Payudara
Lemak tepu
Bagi seorang individu yang sihat, disyorkan 30-35% jumlah kalori daripada lemak.
Bagi mereka yang mempunyai risiko kanser payudara, adalah dinasihatkan supaya menurunkan jumlah lemak ketahap 15-20%.
5%lemak dibolehkan daripada sumber haiwan seperti mentega, susu, tairu, daging dan lain-lain.
10% lagi daripada sumber sayuran seperti minyak sayuran, avocado, minyak zaitun dan lain-lain.
Pengambilan lemak kurang daripada 15% adalah tidak digalakkan bagi mengelakkan kekurangan asid lemak yang penting dalam badan kita.


Serabut makanan
berfungsi memelihara kesihatan usus besar, melarutkan bahan karsinogen dan menolong membantu dalam pengaliran hormon steroid termasuk oestrogen.
Kita saharusnya memakan sebanyak 25-35 gram serabut makanan sehari daripada 3-5 hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan.
Satu hidangan merupakan ½ cawan sayuran yang telah dimasak atau 1 cawan sayuran mentah, sehiris betik, nenas, tembikai, sebiji epal, sebiji limau dan lain-lain.
Bijiran, cereal, roti `whole meal’, pastry, kekacang dan bijiran merupakan sumber serabut yang baik.


Pemakanan daripada sumber tumbuhan
mempunyai faktor perlindungan botanik atau phytonutrient.
Antioxidant, anti-karsinogen dan`bioflavonoids’ adalah termasuk dalam kumpulan phytonutrient.
`Phytonutrient” terdapat pada bijirin, kekacang, sayur-sayuran dan buah-buahan.


`Probiotics” dan makanan yang diperam
menghasilkan pertumbuhan bakteria tidak merbahaya yang memberi perlindungan daripada bakteria yang menghasilkan toksin.
Tairu, tempeh, minuman kultur dan beberapa jenis susu kaya dengan faktor-faktor ini.


Oktober adalah bulan Kesedaran Barah Payudara, 'Pengesanan Awal Menyelamatkan Nyawa'

Sumber:

lppkn.gov.my
infosihat.gov.my
radiologymalaysia.org

PENGESANAN AWAL KANSER

PENGESANAN AWAL KANSER PAYUDARA – PERANAN ANDA
Ia boleh dikesan awal melalui kaedah :

1.pemeriksaan sendiri payudara (psp)

2.pemeriksaan fizikal yang tetap dan

3.mamografi.
>20 tahun -> psp setiap bulan
>30 tahun -> pemeriksaan tahunan dari seorang doktor

4.ramai wanita mengalami bengkak,kelembutan,sakit dan keperitan pada payudara sejurus sebelum haid bermula.psp tidak boleh membantu semasa tempoh haid.

5.pemeriksaan sendiri payu dara hendaklah dilakukan antara hari ke 7 dan ke 10 selepas bermulanya haid anda.

6.melihat perubahan dihadapan cermin

7.benjolan dipayudara atau ketiak

8.perubahan bentuk dan saiz payudara yang luar biasa

9.kedutan atau lekuk yang luar biasa pada payudara

10.puting payudara yang tertarik kedalam

11.perdarahan atau lelehan luar biasa dari puting payudara

KANSER PAYUDARA

Tanda dan Gejala Kanser Payudara

Pembentukan gumpulan merupakan tanda biasa yang kekal untuk jangka masa yang panjang. Kemungkinan nodul asimptomatik akan muncul sebelum tanda atau gejala lain timbul. Sakit payudara atau mastodinia atau sakit pada gumpulan merupakan satu lagi gejala kanser payudara di peringkat awal. Kemudian tanda-tanda radang seperti sakit, panas, kemerahan atau bengkak akan berlaku jika salur limfa kecil di dalam kulit dan pembuluh limfatik diserang oleh tisu abnormal. Kulit akan mempunyai tekstur kupasan oren yang juga dirujuk sebagai “peau d’orange”.

Gumpulan mungkin terjadi di payudara atau di ketiak. Rupa payudara juga akan bertukar melalui penebalan atau pertambahan saiz dan bentuk. Kulit payudara mungkin kelihatan seperti lekuk atau membentuk rabung. Puting mungkin terpusing ke dalam, menjadi merah atau bersisik atau mempunyai lelehan yang abnormal. Apabila ia merebak ke kawasan lain, akan menjelma tanda seperti demam, seram sejuk, sakit tulang dan sendi, sakit kuning, gejala neurologi dan curahan (efusi) pleura. Kelemahan adalah tanda atau gejala awal kanser payudara mungkin tidak kelihatan, justeru kaum wanita perlu mengambil inisiatif membuat diagnosis dengan memeriksa sendiri payudara dan juga menjalani ujian payudara setiap tahun.
Related Posts with Thumbnails

How much do you know about Breasts? Pledge for Women

How much do you know about Breasts? Pledge for Women


How much do you know about Breasts? Pledge for Women profile image

Did you know that breast cancer is the No. 1 cause of cancer deaths among women in Malaysia? To contribute towards the future of women, all you need to do is fill in your name, email and pledge!

1 in 20 women in Malaysia has a risk of getting breast cancer in their lifetime? How much do you know about genital warts and HPV? Isn't it scary that it occurs among men and women aged 18-28 years and the prevalence is rising in younger age group (e.g., 15-19), and elderly individuals?


The Passionately You Cervical & Breast Cancer Awareness Campaign is a voluntary collaboration between Assunta Hospital, Asia Assistance, Jaya One and PJ Live Arts founded to encourage the community to support the cause for cervical & breast cancer awareness and early detection. It also helps raise funds for the Community Treatment Program at Assunta Hospital that provides aid to cancer patients from the low income group.

Help raise 6,000 pledges by 22nd of October 2011 by submitting your pledge and spreading awareness to your friends, joining celebrities such as Amber Chia, Niki Cheong, Farah Fauzana and former Miss Malaysia and cancer survivor Genevieve Sambhi! To make things even better, you might even get to win a 32” Panasonic LCD TV if you get all your friends to pledge as well... so what are you waiting for? Pledge now!