Tuesday, March 10, 2009

SOAL JAWAB PAYUDARA

Malu payudara tak sama besar

SAYA berumur 23 tahun dengan ketinggian 159 sentimeter dan berat 46.5 kilogram. Saya masih belajar di institusi pengajian tinggi.
Saya pernah mendengar masalah mengenai payudara tidak sama besar yang dianggap biasa tetapi masalah saya agak ketara kerana ia umpama perbandingan antara buah epal dengan buah rambutan iaitu payudara kiri lebih besar daripada payudara kanan.
Saya terpaksa meletakkan tisu supaya ia nampak sama besar tetapi tentunya ia tidak kelihatan seperti bentuk semula jadi.
Ini menyebabkan saya terlalu rasa rendah diri lantas mengambil keputusan untuk tidak mahu berkahwin. Adakah ini kanser? Jika saya ingin mendapatkan rawatan, berapakah anggaran kos rawatan memandangkan saya masih belajar.

aLIA,sELANGOR.


PERBEZAAN saiz payudara yang ketara lebih lazim berlaku di kalangan ibu yang menyusukan badan yang cenderung menyusu dari sebelah payudara saja.

Inikerana bayi mungkin lebih 'menyukai' sebelah payudara saja. Akibatnya payudara
yang menyusukan bayi itu lebih besar berbanding payudara yang tidak digunakan
untuk susuan.

Dalam keadaan ini, ibu terbabit digalakkan memulakan
penyusuan daripada payudara yang kecil sehingga bayi menolaknya kemudian barulah
disambung penyusuan daripada payudara yang besar.

Amalan ini digalakkan
berdasarkan teori merangsang payudara. Anda mungkin boleh mencuba teknik
rangsang manual (menggunakan tangan anda) ini ke atas payudara yang kecil.

Kaitan dengan kanser kecil ada kemungkinannya lebih-lebih lagi jika anda
sememangnya mengalami masalah ini sejak awal kedatangan haid dulu.

Bagaimanapun, pemeriksaan fizikal dan imbasan ultrabunyi ke atas
payudara dapat membantu mengetepikan kemungkinan barah dan menghentikan
kerisauan anda.

Pembedahan untuk membesarkan payudara lazimnya dilakukan
pakar bedah plastik, kosnya berbeza-beza mengikut keperluan namun secara amnya
mencecah ribuan ringgit.

Pengambilan ubat-ubatan pula lazimnya memberi
kesan sistemik ke atas kedua-dua belah payudara, ia juga mempunyai kesan
sampingan tersendiri. Untuk permulaan, anda boleh berjumpa dengan pakar bedah am
untuk mendapatkan nasihat lanjut.

____________________________


Keluar cecair seperti susu

SAYA baru berusia 21 tahun dan belum berkahwin. Baru-baru ni saya mengurut payudara seperti biasa untuk memastikan jika terdapat sebarang benjolan.

Ketika saya memicit puting untuk membersihkan payudara, tiba-tiba keluar setitik cecair namun saya tidak pasti mengenai cecair berkenaan. Cuma setiap kali dipicit, cecair itu keluar. Apakah ia susu ibu? Adakah ia berkaitan dengan masalah hormon?


MIMI,Johor


SEELOKNYA anda mendapatkan pemeriksaan doktor untuk kepastian. Ciri cecair seperti warna, sama ada bercampur darah atau nanah dan seumpamanya dapat membantu mengesahkan keadaan sebenar.

Di samping itu, pemeriksaan fizikal ke atas payudara anda juga dapat membantu mengesan kehadiran ketulan atau benjolan. Ujian ultrabunyi payudara juga boleh membantu.

Jika ia susu badan, ujian darah mungkin dilakukan untuk mengesan paras hormon berkaitan seperti hormon prolaktin. Ujian susulan lazimnya bergantung kepada paras hormon ini dan jika terdapat simptom tambahan seperti pening, penglihatan bertindih dan seumpamanya.

Masalah hormon juga boleh menyebabkan masalah lain seperti gangguan haid. Jika parasnya normal, doktor mungkin menasihatkan anda untuk tidak merangsang payudara dan puting.

Rangsangan manual ke atas payudara dan puting juga boleh menyebabkan pengeluaran susu badan seperti yang dilakukan wanita yang ingin menyusu badan.


____________________________

Saiz Payudara Kecil

Saya seorang gadis berusia 25 tahun yang berbadan kecil jika dibandingkan dengan rakan-rakan seusia. Masalahnya, saya hilang keyakinan diri kerana sering dianggap tomboy serta berjiwa lasak semata-mata kerana saiz payudara yang kecil. Apakah muslihat pemakaian coli yang dapat membantu menyelesaikan masalh ini? Saya ingin kelihatan feminin sekaligus mengubah tanggapan orang lain terhadap diri saya.

Liyana, s.alam

Memiliki saiz payudara kecil bukan bermakna anda tidak feminin. Meskipun ramai di kalangan wanita berpayudaara kecil memilih untuk melakukan pembedahan pembesaran, hasilnya mungkin di luar keinginan, dan mungkin juga lebih menyusahkan diri serta mengundang bahay jika berlaku komplikasi. Alternatif terbaik ialah menerima kenyataan seadanya dan mengambil langkah lebih selamat untuk tampil lebih berisi.

*TIPs
Apakah yang perlu anda lakukan?

-Coli bersaiz tepat dan rekaan coli yang sesuai
-Coli Push-up ATAU coli beralas span tebal
-Alas tanbahan coli
-Pakaian yang sesuai

____________________________________








_______________________________

Coli Untuk Ibu Hamil

Ketika ini saya sedang hamil empat bulan anak pertama. Apakah panduan dan jenis-jenis coli yang sesuai untuk dikenakan pada waktu ini?

Pn.Yati,sabak bernam


Ketika hamil, pembesaran payudara akan lebih tertumpu di bahagian cup dan sekeliling tubuh. Setiap wanita di galakkan untuk mendapatkan ukuran sebenar pada tempoh utama kehamilan.


PERINGKAT PERTAMA- Peningkatan saiz payudara yang paling ketara berlaku pada peringkat pertama kehamilan (first trimester). Dapatkan ukuran baru saiz coli pada minggu ke-12 dan ke-14 kehamilan. Untuk mengelakkan ligamen daripada terlampau meregang, tukar saiz coli yang sesuai bila diperlukan-Anda masih perlu memilih coli sepadan dengan bentuk payudara dan posisi payudara seperti sebelum anda hamil.

PERINGKAT KEDUA- Tubuh akan berubah secara berterusan pada peringkat kedua (second trimester). Lakukan pengukuran saiz coli peringkat kedua di antara minggu ke-24 dan 26.Tukar coli jika saiz berubah.

____________________________________
Gadis bimbang puting tenggelam

SAYA berumur 25 tahun dan belum berumah tangga. Saya keliru kerana kedua-dua payudara saya tidak mempunyai puting. Adakah perkara ini normal? Saya menyedari perkara ini apabila menyedari rakan saya menyusukan anaknya.

Jika ia bukan sesuatu yang normal, apakah yang patut saya lakukan?

CT,S.alam


ELOK anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan pengesahan. Jarang untuk seseorang (wanita atau lelaki) langsung tidak mempunyai puting payudara, berkemungkinan ia kurang nyata disebabkan ia termasuk ke dalam. Keadaan ini dinamakan 'inverted nipple'.

Dalam kebanyakan kes, ia perkara biasa yang tidak membahayakan kesihatan. Ia juga kebiasaannya boleh dibetulkan tanpa memerlukan pembedahan, tetapi memerlukan kesungguhan dan kesabaran kerana teknik manual ini memakan masa yang lama.

Hanya dalam segelintir kes (terutama jika menampakkan perubahan bentuk kerana sebelumnya puting payudara ini kelihatan), ia memerlukan ujian lanjut selain pemeriksaan fizikal bagi memastikan tiada penyakit payudara dialami.

Dalam keadaan 'inverted nipple', teknik mengeluarkannya mudah tetapi perlu selalu diulangi sekerap mungkin, bukan menunggu sehingga hamil atau bersalin kelak. Satu daripadanya adalah meletakkan ibu jari dan jari telunjuk atau jari tengah pada pangkal kawasan puting, kemudian jari ini digerakkan ke arah luar sambil menekan kawasan terbabit. Kadangkala puting yang keluar ini akan masuk semula selepas jari dilepaskan, tidak mengapa.

Ulangi sekerap mungkin. Usah bimbang, jika ia masih tidak keluar sehingga selepas kelahiran kelak, susu badan masih boleh dihasilkan.


______________________________

Gadis runsing terlalu kurus

SAYA berusia 17 tahun dengan ketinggian 159 sentimeter dan berat 38 kilogram (kg). Saya mengalami masalah kurus dan saiz payudara yang terlalu kecil.

Saya runsing memikirkan masalah ini kerana saiz payudara saya tidak membesar sejak saya berusia 13 tahun. Ia juga menyebabkan saya sering berasa rendah diri.

Adakah menambah berat badan boleh meningkatkan saiz payudara saya? Jika tidak, apakah cara yang boleh saya lakukan untuk membesarkan payudara?

Gadis Runsing,Perak


ANDA dinasihatkan berjumpa pakar perubatan dalaman terlebih dulu untuk pemeriksaan dan ujian berkenaan. Di bawah 50kg, berat anda dikategorikan sebagai kurang ideal. Pemeriksaan ke atas hormon tertentu mungkin dapat mengenal pasti ketidaknormalan perkembangan dan ubahsuai pemakanan anda juga dapat membantu meningkatkan berat badan anda kepada di antara 50 hingga 62kg.

Ketiadaan ovulasi yang sering berlaku dalam tahun awal kedatangan haid boleh mempengaruhi pengeluaran hormon pregesteron dari ovari dan hormon pembesaran (GH) dari kelenjar pituitari otak juga boleh memberi kesan terhadap pertumbuhan duktus payudara seseorang.

Hormon estrogen dan prolaktin juga memainkan peranan. Seeloknya elakkan atau hadkan pengambilan ubatan atau pembedahan terlebih dulu tanpa pemeriksaan lanjut doktor.

5 comments:

mami said...

2 minggu sekali soal jawab akan di update...

GLAM HOT STYLE said...

saya belum berkahwin...tetapi puting saya mgeluarkan cecair berwarna jernih..saya juga tidak datang bulan selama 7 bulan...apekah yg saya alami ini?

Bingung :( said...

Saya berumur 26 tahun dan mengalami masalah berat badan (obesiti) iaitu 90kg dengan ketinggian 158cm. Sebelum ini berat saya pernah mencapai 110kg dan kini setelah beberapa bulan mengamalkan diet dan senaman atas saranan doktor, saya telah kehilangan 20kg. Masalahnya, saya memiliki saiz payudara yang besar dan melayut. Soalan saya, bagaimanakah untuk mengecilkan saiz payudara supaya sesuai dengan penurunan berat badan? Apakah yang perlu saya lakukan?

Mia Amira said...

to Bingung ,

sebelum saya membuat penjelasan saya ingin kamu pergi bertanyakan pada yang pakar. mengikut apa fahaman saya dan yang saya tahu bahawa payudara kita memang mengikut turu naik badan kita..sekiranya saiz dan berat bdan kamu sudah berkuarang dan kamu maintainkannya dengan eloknya kamu membuat rawatan secara sendiri atau pergi ke spa untuk merawat payudara anda yang layut itu.. tujuan untuk menegangkan kembali. tq.

fira said...

Salam, saya nak tanya sikit.
Saya berumur 18 tahun. Tinggi 163cm dan berat badan sekitar 60kg.
Saya hairan bila usia semuda saya dah alami payudara kendur. Saya tak pasti kenapa ianya kendur. Ada cara untuk atasi masalah ni tak? Saya rasa malu apabila menanggalkan bra and rasa rendah diri. Hmm :( Saya jugak takut untuk berkahwin bila fikirkan perkara ni.
Harap sis dapat bantu.

Related Posts with Thumbnails

How much do you know about Breasts? Pledge for Women

How much do you know about Breasts? Pledge for Women


How much do you know about Breasts? Pledge for Women profile image

Did you know that breast cancer is the No. 1 cause of cancer deaths among women in Malaysia? To contribute towards the future of women, all you need to do is fill in your name, email and pledge!

1 in 20 women in Malaysia has a risk of getting breast cancer in their lifetime? How much do you know about genital warts and HPV? Isn't it scary that it occurs among men and women aged 18-28 years and the prevalence is rising in younger age group (e.g., 15-19), and elderly individuals?


The Passionately You Cervical & Breast Cancer Awareness Campaign is a voluntary collaboration between Assunta Hospital, Asia Assistance, Jaya One and PJ Live Arts founded to encourage the community to support the cause for cervical & breast cancer awareness and early detection. It also helps raise funds for the Community Treatment Program at Assunta Hospital that provides aid to cancer patients from the low income group.

Help raise 6,000 pledges by 22nd of October 2011 by submitting your pledge and spreading awareness to your friends, joining celebrities such as Amber Chia, Niki Cheong, Farah Fauzana and former Miss Malaysia and cancer survivor Genevieve Sambhi! To make things even better, you might even get to win a 32” Panasonic LCD TV if you get all your friends to pledge as well... so what are you waiting for? Pledge now!