Wednesday, May 27, 2009

SOAL JAWAB PAYUDARA(update)

Puting tenggelam kadangkala mengelupas

SAYA berusia 27 tahun dan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Saya risau kerana puting payudara kanan saya seolah-olah tidak sihat. Ia seakan-akan tenggelam seperti tidak wujud. Kadangkala ia mengelupas.

Adakah ia tanda awal penyakit barah payudara? Adakah cara untuk mengubati masalah ini?


intan,
Pulau Pinang.

Jawapan

KEADAAN ini dinamakan inverted nipple. Ini tidak bermakna anda tidak mempunyai puting payudara tetapi ia tidak timbul, malah boleh termasuk ke dalam.


Kawasan kulit berhampirannya pula boleh menyebabkan pengumpulan kotoran atau peluh sehingga mengeluarkan bintil putih seperti yang anda alami.


Puting payudara yang termasuk ke dalam mungkin boleh dibetulkan, namun ia memerlukan kesungguhan dan kesabaran kerana ia memakan masa yang lama.


Anda boleh memulakannya dari sekarang secara meletakkan jari telunjuk dan ibu jari pada dasar kawasan perang sekitarnya (areolar), kemudian menekannya ke dalam dan ke luar seolah-olah mengembangkan kawasan terbabit.


Pada masa sama, jari telunjuk dan ibu jari tangan sebelah lagi bolehlah cuba menarik keluar puting terbabit.


Lakukan sekerap mungkin, mana tahu, ia mungkin berjaya keluar kelak.


Anda juga harus faham bahawa setelah keluar kelak, ia mungkin boleh termasuk kembali dan anda boleh memulakan kembali teknik di atas.


Pada masa sama, anda mungkin perlu meluangkan masa untuk meneliti kawasan tengah areolar itu supaya ia dibiarkan kering.


Inverted nipple tidak bermakna seseorang tidak boleh menyusukan bayinya kelak, penyusuan badan cuma memerlukan teknik yang betul.


Inverted nipple juga lazimnya tidak berkaitan masalah serius jika ia sudah dialami sejak kanakkanak lagi seperti anda.


Jika ia baru saja dialami, kemungkinan penyakit bahaya perlu diteliti


SECARA umumnya, kanser payudara lebih kerap berlaku dalam kalangan wanita berusia lebih tua. Bagaimanapun, eloklah anda menjalani pemeriksaan doktor untuk mengetahui keadaan puting payudara.

Besar kemungkinan ia suatu keadaan yang dinamakan inverted nipple lebih-lebih lagi jika ia sudah sedia begitu sejak anda kecil lagi. Doktor boleh menunjukkan teknik urutan manual untuk membantu mengeluarkan puting terbabit yang perlu dilakukan untuk masa yang lama dan memerlukan kesungguhan.

_____________________________________________________________________

Bimbang ketulan petanda kanser payudara



SAYA berusia 21 tahun dan musykil mengenai ketulan yang agak besar pada payudara di sebelah kiri.

Ia hampir sebesar telur ayam tetapi di bahagian payudara kanan, tiada ketulan sedemikian. Dulu, ketulan terbabit kecil saja tetapi dalam tempoh kurang setahun, saiznya membesar seperti sekarang.


Saya tidak memberitahu kepada sesiapa kerana tidak mahu mereka bimbang. Adakah ketulan itu petanda barah payudara?



INGIN TAHU,

Ipoh, Perak.



DENGAN kehadiran ketulan payudara yang diketahui mengalami perubahan (misalnya pertambahan saiz), eloklah anda berjumpa doktor bahagian pembedahan am untuk pemeriksaan.

Pada usia anda, lazimnya ketulan payudara adalah berjenis fibroadenoma dan bukan kanser, namun alasan untuk membiarkannya saja tidaklah sesuai.

Tidak ada kepastian mengenai sesuatu ketulan itu adalah kanser atau tidak melainkan hanya setelah 'mengambilnya' (mengeluarkannya) dan dihantar ke makmal untuk pengesahan histopatologi.

Anda sedia maklum, kanser payudara adalah kanser pembunuh wanita paling kerap di Malaysia dan negara lain.

________________________________

Ketulan putih di puting payudara

SAYA berumur 24 tahun dan baru mendirikan rumah tangga pada April 2009.


Soalan

SAYA berumur 24 tahun dan baru mendirikan rumah tangga pada April 2009.

Saya agak risau dengan keadaan payudara kiri saya yang putingnya tidak timbul, sama ada ketika bersama suami atau tidak.


Puting kanan payudara saya tiada masalah. Baru-baru ini, puting payudara kiri saya ada semacam ketulan putih kecil sebesar jerawat nasi tapi bukan nanah. Ada kalanya, ia berbau.


Apakah masalah pada puting payudara itu? Mungkinkah ia petunjuk masalah kesihatan lain?

INA,
Kuala Lumpur

No comments:

Related Posts with Thumbnails

How much do you know about Breasts? Pledge for Women

How much do you know about Breasts? Pledge for Women


How much do you know about Breasts? Pledge for Women profile image

Did you know that breast cancer is the No. 1 cause of cancer deaths among women in Malaysia? To contribute towards the future of women, all you need to do is fill in your name, email and pledge!

1 in 20 women in Malaysia has a risk of getting breast cancer in their lifetime? How much do you know about genital warts and HPV? Isn't it scary that it occurs among men and women aged 18-28 years and the prevalence is rising in younger age group (e.g., 15-19), and elderly individuals?


The Passionately You Cervical & Breast Cancer Awareness Campaign is a voluntary collaboration between Assunta Hospital, Asia Assistance, Jaya One and PJ Live Arts founded to encourage the community to support the cause for cervical & breast cancer awareness and early detection. It also helps raise funds for the Community Treatment Program at Assunta Hospital that provides aid to cancer patients from the low income group.

Help raise 6,000 pledges by 22nd of October 2011 by submitting your pledge and spreading awareness to your friends, joining celebrities such as Amber Chia, Niki Cheong, Farah Fauzana and former Miss Malaysia and cancer survivor Genevieve Sambhi! To make things even better, you might even get to win a 32” Panasonic LCD TV if you get all your friends to pledge as well... so what are you waiting for? Pledge now!