Sunday, June 28, 2009

KOLEKSI ARTIKEL

Suami digalak periksa payudara isteri
IPOH 3 Dis. - Suami digalakkan memeriksa payu dara isteri untuk membantu mereka mengesan tanda-tanda kanser payu dara bagi membolehkan penyakit berbahaya itu dirawat lebih awal.Timbalan Pengarah Kesihatan Perak, Dr. Ahmad Nordin Mohd. Jais berkata, memeriksa payu dara isteri oleh suami merupakan amalan baik dan patut diteruskan dari semasa ke semasa.

Beliau berkata, suami merupakan individu paling rapat dengan isteri pasti boleh mengesan sebarang perubahan fizikal pada tubuh pasangannya termasuk kelainan buah dada mereka.

"Kalau suami benar-benar sayangkan isteri, dia sepatutnya membantu memeriksa buah dada isteri mereka untuk mengesan tanda-tanda kanser payu dara sebelum penyakit itu meragut nyawa.

"Ini kerana suami lebih mudah melihat kelainan pada buah dada isteri berbanding jika isteri melakukan pemeriksaan sendiri di hadapan cermin,” katanya semasa berucap pada Forum Awam Kesedaran Kanser Payu Dara di Kompleks Rawatan Harian Hospital Ipoh di sini hari ini.

Forum tersebut dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Perak, Datuk Siti Salmah Mat Jusak.

Ahmad Nordin berkata, bagi membolehkan suami mengetahui cara-cara pemeriksaan payu dara yang betul, mereka digalakkan menyertai atau menemani isteri menghadiri seminar tentang kanser payu dara yang kerap diadakan oleh pihak hospital.

Beliau berkata, seminar berkaitan kanser payu dara memang kurang menarik perhatian golongan lelaki kerana beranggapan mereka tidak berisiko mendapat penyakit tersebut.

"Walaupun kes lelaki menghidap kanser payu dara sedikit tetapi ia tidak boleh dipandang ringan memandangkan sudah ada laporan kematian melibatkan golongan lelaki disebabkan kanser payu dara,” jelasnya.

Dalam pada itu, katanya, kajian kesihatan dan morbiditi ketiga Kementerian Kesihatan pada tahun lalu, mendapati hampir 70.35 peratus wanita berumur 18 tahun ke atas membuat pemeriksaan payu dara sama ada secara memeriksa sendiri, menjalani pemeriksaan di klinik atau mamogram.

Beliau bagaimanapun kesal kerana ketika ini, masyarakat masih lambat mendapatkan rawatan di hospital dengan memberi pelbagai alasan seperti ingin mencuba rawatan tradisional atau alternatif lain terlebih dahulu atau takut dengan rawatan moden kerana kurang memahami mengenai rawatan tersebut.

Katanya, mengikut daftar kanser yang ada di Malaysia, kanser payu dara merupakan kanser utama di kalangan wanita diikuti kanser pangkal rahim dan kedua-dua jenis kanser ini boleh dikesan awal dengan kaedah saringan yang mudah serta murah.

"Kanser payu dara boleh dikesan dengan melakukan pemeriksaan payu dara sendiri manakala kanser rahim melalui ujian ‘pap smear.’

"Didapati hampir 57 peratus wanita di Malaysia melakukan pemeriksaan payu dara sendiri tetapi hanya 7.57 peratus sahaja menjalani pemeriksaan mamogram,” katanya.

2 comments:

mami said...

sangat romatik...

mami said...

gunakan ia sebagai panduan anda...

Related Posts with Thumbnails

How much do you know about Breasts? Pledge for Women

How much do you know about Breasts? Pledge for Women


How much do you know about Breasts? Pledge for Women profile image

Did you know that breast cancer is the No. 1 cause of cancer deaths among women in Malaysia? To contribute towards the future of women, all you need to do is fill in your name, email and pledge!

1 in 20 women in Malaysia has a risk of getting breast cancer in their lifetime? How much do you know about genital warts and HPV? Isn't it scary that it occurs among men and women aged 18-28 years and the prevalence is rising in younger age group (e.g., 15-19), and elderly individuals?


The Passionately You Cervical & Breast Cancer Awareness Campaign is a voluntary collaboration between Assunta Hospital, Asia Assistance, Jaya One and PJ Live Arts founded to encourage the community to support the cause for cervical & breast cancer awareness and early detection. It also helps raise funds for the Community Treatment Program at Assunta Hospital that provides aid to cancer patients from the low income group.

Help raise 6,000 pledges by 22nd of October 2011 by submitting your pledge and spreading awareness to your friends, joining celebrities such as Amber Chia, Niki Cheong, Farah Fauzana and former Miss Malaysia and cancer survivor Genevieve Sambhi! To make things even better, you might even get to win a 32” Panasonic LCD TV if you get all your friends to pledge as well... so what are you waiting for? Pledge now!