Sunday, August 15, 2010

Payudara punya area T

Area di atas dan di sela payudara dipenuhi dengan minyak kelenjar, biasanya minyak yang berlebihan mudah menimbulkan bintik hitam dan jerawat di area itu. Untuk itu jaga pori-pori payudara agar tetap mudah bernafas gunakan bedak penyerap minyak yang dibubuhkan di bawah, atas dan sela-sela payudara. Juga bersihkan Area T setiap hari, dengan menggunakan bedak atau pelembab anti bakteria. Jangan terlalu lama gunakan bra olah raga. Hal itu akan membuat embun terjebak didalamnya dan bintik-bintik hitam timbul dengan segera.

Monday, August 9, 2010

Kebaikan soya untuk payudara


Wanita sering dikaitkan dengan kanser payudara dan seperti yang diketahui oleh umum kanser ini adalah kanser yang amat ditakuti oleh kaum hawa selain dari kanser pangkal rahim(serviks), kanser ovari, kanser rahim, kanser vulva dan faraj serta kanser anggor ataupun koriokarsinoma.

Apa yang membuatkan soya dikatakan mampu untuk mencegah timbulnya kanser pada payudara?

Ini kerana soya dikatakan mempunyai zat-zat yang baik untuk mencegah kanser payudara wanita. Disamping itu ia juga boleh menurunkan peningkatan kadar estrogen spesifik dalam darah manusia itu sendiri secara sedikit demi sedikit.

Apakah hormon yang boleh menyebabkan kanser pada payudara ini berlaku kepada wanita?

Hormon yang boleh menyebabkan kanser pada payudara ini berlaku kepada wanita ialah hormon estrogen. Dimana jika hormon ini terlalu atau terlampau tinggi didalam darah seseornag wanita ia dikatakan mampu menyebabkan terjadinya punca utama munculnya kanser payudara ini kepada mereka.

Apakah produk makanan yang dicadangkan oleh para wanita untuk mengatasi masalah sebegini?

Antara produk makanan atau minuman yang dicadangkan untuk para wanita bagi mengatasi masalah ini adalah anda disarankan agar memasukkan beberapa jenis menu harian anda berupa soya bean, sup, susu tahu ataupun tempe dan sebagainya didalam setiap pengambilan makanan anda. Disamping itu juga anda disarankan supaya mengambil jumlah makanan tersebut dalam seminggu dua atau tiga kali.

Sunday, August 8, 2010

Kehamilan membuat pigmen puting jadi lebih gelap

Dalam keadaan hamil, puting biasanya akan menjadi lebih gelap. Hal ini disebabkan berubahnya fungsi puting menjadi
sumber ASI (Air Susu Ibu) bagi sang bayi. Menghitamnya puting bisa membuat bayi mengenali sumber ASI-nya. Sekali Anda menyusui, puting akan menjadi lebih gelap selamanya.

Payudara sangat benci jogging

Beraktiviti seperti lari, jogging dan aerobik akan membuat payudara berlompatan di dalam bra olah raga (spandek).
Setelah beberapa kali cuci spandek akan mulai kehilangan elastinya. Hal ini akan membuat payudara tak terjaga dengan baik dan membuat bagian tubuh anda ini tersiksa. Solusinya, gunakan bra olah raga yang berkawat dan punya cetakan cup tersendiri berapa pun ukuran payudara Anda. Ini akan meminimumkan pergerakan payudara jadi tak membuatnya kesakitan setiap hari.

Monday, July 19, 2010

Puting tenggelam atau leper?

Rawatan

Adalah penting untuk diketahui bahawa kebanyakan bayi yang melekap dengan betul mampu mengeluarkan puting tenggelam atau leper. Terdapat beberapa pilihan untuk merawat puting tenggelam/leper bagi membolehkan bayi melekap dengan lebih mudah. Sesetengah rawatan ini boleh dipraktikkan semasa hamil dan sebahagiannya pula perlu dilakukan selepas kelahiran bayi.

1. Cengkerang payu dara(Breast Shells).

Alat yang turut dikenali sebagai cawan susu, cawan payu dara atau pembentuk puting ini mengambil kesempatan ke atas keanjalan semula jadi kulit sewaktu hamil dengan memberi tekanan yang lembut tetapi tetap kepada aerola sebagai usaha memecahkan lekatan di bawah kulit yang menghalang puting untuk tegang. Cengkerang ini dipakai di dalam coli, di mana memerlukan puan memakai saiz coli yang lebih besar berbanding coli biasa dipakai bagi memuatkan cengkerang. Sebaik-baiknya, cengkerang perlu dipakai bermula trimester ketiga kehamilan untuk beberapa jam setiap hari. Selepas mula selesa memakainya, puan boleh meningkatkan jumlah masa untuk memakainya di siang hari. Setelah bayi lahir, cengkerang yang sama boleh dipakai 30 minit sebelum setiap sesi penyusuan untuk mengeluarkan puting. Ia tidak sepatutnya dipakai di waktu malam dan susu yang dikumpulkan di dalamnya harus dibuang. Salah satu produk di pasaran adalah Nipple Former (produk Medela)

2. Teknik Hoffman.

Dengan melakukan teknik ini beberapa kali sehari, ia dapat melonggarkan lekatan pada pangkal puting. Untuk mengaplikasikan teknik ini, letakkan ibu jari di kedua-dua pangkal puting (bukannya di tepi aerola). Tolak perlahan-lahan bertentangan tisu payu dara dan pada masa yang sama tarik ibu jari jauh dari antara satu sama lain.
Dengan melakukan kaedah ini, puan akan meregang keluar puting dan melonggarkan pangkal yang ketat yakni menjadikan puting naik ke atas dan keluar. Latihan ini perlu diulangi 5 kali sehari mengikuti putaran arah jam di sekitar puting. Ia boleh dilakukan ketika hamil dan selepas bayi mula menyusu.

3. Pam payu dara.

Selepas melahirkan, penggunaan pam payu dara yang efektif amat membantu untuk mengeluarkan puting tenggelam atau rata. Gunakannya sejurus sebelum sesi penyusuan untuk membolehkan bayi melekap dengan lebih mudah. Ia juga boleh digunakan di lain waktu untuk membantu lekatan bawah kulit dipecahkan dengan menolak puting keluar secara sekata dari tengah.

4. Niplette.

Alat yang diperkenalkan oleh Avent ini turut membantu mengeluarkan puting dengan menyedutnya secara sekata, sama seperti yang dilakukan oleh pam payu dara. Ia memberi pemulihan kekal untuk puting tenggelam. Jadi, puan boleh mula memakainya sejak hamil.

5. Perangsang puting.

Jika puting boleh digenggam, puan boleh menggulung puting di antara ibu jari dan jari telunjuk selama satu atau dua minit dan kemudian dengan segera sentuh puting dengan kain lembap, sejuk atau dibalut ais (elakkan penggunaan ais yang lama kerana ia menyekat aliran susu dan menyebabkan puting kebas).

6. Tarik puting ketika pelekapan.


Memandangkan puan menyokong payu dara dengan ibu jari di atas dan empat jari yang lain di bawahnya, puan boleh tarik puting dari tisu payu dara ke dinding dada untuk membantunya menonjol.

7. Nipple shield.


Alat ini hanya boleh digunakan sebagai alternatif terakhir. Perisai puting adalah puting fleksibel yang dihasilkan daripada silikon yang ditempatkan di atas puting sepanjang sesi penyusuan. Ini dilakukan agar bayi dapat melekap dengan baik. Bagi mengelakkan bayi ketagih menyusu menggunakan perisai, ia sepatutnya dialihkan setelah bayi mula melekap dan menyusu dengan baik. Tempoh masa penggunaan perisai ini turut perlu dikurangkan.

Masalah yang mungkin berlaku akibat penggunaan perisai ini ialah mengurangkan penghasilan susu dan masalah pemindahan susu kepada bayi. Atas kemungkinan risiko ini, puan digalakkan hanya menggunakan perisai di bawah pengawasan pakar laktasi atau kaunselor laktasi. Perlu diingatkan juga bahawa walaupun terdapat risiko dalam penggunaan perisai ini, namun ia lebih baik daripada langsung tidak menyusukan bayi!

sumber: pa&ma

Wednesday, July 7, 2010

Payu dara tumbuh semula

BERITA baik untuk pesakit-pesakit kanser payu dara. Para pengkaji dari Australia telah membangunkan satu teknik pembedahan yang boleh menumbuhkan semula payu dara, biarpun selepas menjalani mastektomi.

Prosedur tersebut melibatkan penyematan satu ruang berbentuk payu dara di bawah kulit dada. Ruang itu mengandungi satu sampel tisu lemak wanita. Satu urat darah kemudiannya disambung pada lemak tisu itu bagi membolehkannya membesar dan seterusnya mengisi ruang tersebut dalam tempoh enam hingga lapan bulan.

PROSEDUR ini melibatkan penyematan satu ruang berbentuk payu dara di bawah kulit dada.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Mikro-Pembedahan Bernard O'Brien, Dr. Phillip Marzella berkata, ruang boleh dibiodegrasi itu akan dibangunkan dalam tempoh 24 bulan.

Prosedur yang bakal menawarkan golongan wanita satu peluang alternatif itu bergantung kepada keupayaan badan untuk mengisi kekosongan ruang tersebut. Sejenis bahan seakan-akan agar-agar boleh disuntik bagi merangsang pertumbuhan lemak.

- Independent

Masalah yang menganggu kesihatan payudara



Setiap wanita ingin punya payudara yang sihat dan cantik. Tetapi pada masa yang sama setiap wanita pun terkadang melakukan hal-hal yang dapat merosakkan kesihatan payudara. Apa saja kebiasaan buruk yang membuat payudara tak sihat?

Kebiasaan buruk bukan sahaja akan mengganggu kesihatan payudara, tetapi juga membuatnya tampak tidakcantik untuk selama-lamanya. Payudara dapat dipengaruhi oleh kehamilan, menyusui, menopause dan penuaan. Tapi Anda boleh mengurangi pengaruh negatif dengan tindakan-tindakan sederhana.

Seperti dinyatakan dari GeniusBeauty, berikut kebiasaan buruk dan musuh yang menyebabkan payudara tak sihat:

1. Berat badan yang turun naik secara mendadak

Berat badan naik adalah alasan terjadinya peregangan berlebihan pada kulit. Jika berat badan naik dan tiba-tiba menurun akan membuat kulit menjadi lembek dan kendur. Fluktuasi berat badan dapat membuat payudara tak sihat dan kehilangan bentuk idealnya.

2. Kebiasaan duduk yang salah

Wanita harus memperhatikan cara duduknya, kerana kebiasaan buruk postural atau cara duduk yang salah menyebabkan payudara melorot. Oleh kerana itu, selalu duduklah dengan benar, kerana tidak hanya bermanfaat untuk tulang belakang, tetapi juga untuk kesihatan payudara.

3. Ukuran bra yang tidak betul

Ketika memilih bra yang paling penting perhatikanlah ukurannya. Ukuran bra yang tidak tepat boleh membuat payudara menjadi tidak cantik dan tidak sihat. Bra yang terlalu ketat akan merosak sirkulasi darah yang boleh memicu terjadinya kanser payudara. Sedangkan bra yang longgar dapat mengakibatkan peregangan kulit, terutama bagi wanita yang memiliki payudara besar. Jadi pilihlah ukuran yang tepat.

4. Mandi berendam di air panas

Perlu diketahui bahawa air panas dapat membuat kulit kering dan tidak elastis. Maka sebaiknya hindarilah berendam air panas dalam jangka waktu yang lama.

5. Sinar ultraviolet

Banyak orang yang suka berjemur di pinggir pantai dengan menggunakan pakaian renang demi mendapatkan kulit berwarna kecoklatan. Tapi ternyata hal itu boleh membahayakan bagi kesihatan payudara. Selain terbakar, berjemur juga menyebabkan payudara kehilangan elastinya dan meningkatkan risiko terjadinya kanser payudara.

Tuesday, July 6, 2010

Daun Sireh

Menegangkan Payudara dan Membanyakkan Susu Ibu

Petua ini untuk memastikan payudara cantik membulat walaupun masih menyusukan anak.

Ambil beberapa helai daun sireh.

Layurkan atas api seperti melayur daun pisang.Agak-agak dah panas (jangan sampai terbakar plak daun sireh tadi), tekapkan pada payudara.

Buat seperti bentuk cup bra, tapi jangan menutup nipple. Buat pada kedua-dua belah payudara.Lepas tu pakailah coli seperti biasa.

Pakai daun sireh nie dalam 2 - 3 jam gituKalau rajin buat hari-hari (pupus daun sireh nanti)kalau tak rajin selang sehari.

Kepanasan daun sireh ini mampu merangsang otot-otot sekitar payudara, memejal dan memontokkan apa-apa yang patut.

Lagi best disamping memantapkan keampuhan payudara, petua nie juga boleh diamalkan bagi meransang dan membanyakkan susu badan insyaAllah.

Friday, July 2, 2010

Perubahan Payudara Semasa Hamil

Untuk mempermudah mengamati perubahan payudara semasa kehamilan, berikut ini ditunjukkan fenomena yang umum terjadi serta hal-hal yang perlu diperhatikan sesuai dengan usia kehamilan. Ini hanya sebagai panduan umum, kerana perubahan yang terjadi adakalanya berbeza pada setiap ibu.


Perlu diketahui bahawa yang disebut dengan "kolostrum" adalah air susu ibu yang dikeluarkan setelah melahirkan.Jadi cairan yang keluar dari puting sebelum persalinan bukan kolostrum.

Sumber : Ratuhati

Sunday, May 9, 2010

Payudara - Struktur dan Jenis

Bentuk dan ukuran payudara wanita terus berubah selama hidupnya dan tergantung sepenuhnya pada faktor genetik, kondisi iklim, diet, gaya hidup dan jenis pembawakan yang mereka berikan selama dan setelah pengembangan. Bentuk dan ukuran payudara kanan dan kiri perempuan adalah identik. Sebenarnya cukup umum bahawa adalah kedua payudara tidak sama besar.

Ada berbagai bentuk payudara dan jenis. Kami telah mencuba untuk mengklasifikasikan mereka ke dalam 8 kategori. Bilangan 6, 7, dan 8 adalah sub diklasifikasikan dalam kelainan umum yang ditemukan pada wanita.



1. Bentuk payudara yang sempurna

2. Kendur payudara

3. Menukik Payudara:

4. Kecil Payudara

5 Besar Payudara


1. Bentuk Payudara yang sempurna: Bentuk payudara yang sempurna cukup langka. Dalam kenyataan dan dalam bidang kedokteran dan estetika, ini merupakan salah satu di mana titik-titik puting keluar, sejajar dengan tanah. Seharusnya tidak ada sag dan payudara harus lentur dan baik-kencang.



2.Menukik Payudara: Sebuah bentuk payudara yang sedikit melengkung ke dalam di atas areola. Tidak ada sag Namun. Karena lentur payudara, puting poin ke atas, cenderung vertikal. Beberapa wanita payudara mengambil bentuk karena kurangnya volume.



3.Payudara Melorot: The titik puting payudara ke bawah sementara juga terkulai ke bawah.

Biasanya ini sangat umum berlaku pada wanita yang berusia yang telah menopause ; di ketegangan payudara mulai kehilangan elasti dan kekuatan mereka.

Pada wanita yang lebih muda jika kendur terjadi umumnya kerana kurangnya dukungan diberikan kepada payudara dalam perkembangannya saat pubertas. Jaringan keras yang memberikan dukungan ke payudara mungkin berakhir melanggar atau semakin lemah dan menyebabkan payudara melorot ke bawah. Memakai bra yang tepat untuk kembalikan ketegangannya mencegah payudara kendur bagi para wanita. Satu-satunya ukuran perbaikan permanen akan melibatkan operasi plastik perbaikan.

Dalam beberapa kes, juga telah menemukan bahawa wanita dengan payudara besar mungkin berakhir memiliki kendur atau terkulai dari payudara. Tingkat kendur dari payudara seringkali tergantung pada jumlah jaringan lemak di dalamnya.



4.Payudara Kecil: Kecil payudara yang indah adalah payudara yang memiliki volume sangat sedikit jaringan lemak dan dengan puting kecil dan areola juga. Ada substansi yang sangat sedikit antara puting dan otot-otot dada untuk jenis bentuk payudara.



5. Payudara besar: Wanita dengan payudara besar memiliki volume tinggi jaringan lemak di payudara mereka. Payudara besara juga akan kebiasaannya mempunyai puting payudara yang besar juga.. Untuk mencegah kendur sangat penting bahawa wanita yang mempunyai payudara besara adalah senang untuk mengalami kekenduran, dan pemilihan bra yang tepat adlah penting.

Wednesday, May 5, 2010

Masalah Penyusuan Bayi


Antara masalah biasa dialami wanita untuk menyusukan bayi :

Puting Terbenam

Dalam sesetengah kes, perkara ini tidak akan menjejaskan penyusuan, terutama jika bayi boleh memasukkan seluruh bahagian areola (kawasan berwarna di sekeliling puting) kerana di sinilah terletaknya duktus susu. Bagaimanapun dalam kes teruk, bayi mungkin tidak dapat menyusu. Bagaimana untuk mengetahui jika anda mengalami masalah ini?

Caranya mudah, picit bahagian areola (kira-kira 2.5 sentimeter atau satu inci dari puting) perlahan-lahan. Jika puting keluar, bermakna anda hanya perlu memberi rangsangan sebelum menyusukan anak.

Sebaliknya jika puting tidak keluar, anda mungkin mengalami masalah ini. Beberapa cara boleh digunakan untuk merangsang puting keluar seperti menggunakan pam khas dipanggil nipplet. Alat ini perlu diletakkan di atas bahagian puting dan tarik pam perlahan-lahan diikuti urutan untuk melembutkan puting. Kaedah ini perlu dilakukan setiap kali sebelum menyusukan bayi.

Selain itu, mereka boleh memberi rangsangan kepada puting dengan memicit bahagian areola setiap kali ketika mandi. Buat selama satu dua minit. Pada masa sama letakkan kain lembap atau disejukkan dengan ais untuk meningkatkan rangsangan. Kaedah ini boleh mengatasi masalah puting terbenam secara perlahan-lahan dan wanita tidak perlu lagi bergantung kepada nipplet.

Wanita juga boleh menggunakan pam payudara untuk merangsang puting sejurus sebelum menyusukan anak. Ia bukan saja dapat mengelak masalah pengumpulan terlalu banyak susu, malah memudahkan bayi menyusu.

Puting Terasa Sakit dan Rengsa

Wanita yang ada masalah puting terbenam mudah mengalami kerengsaan puting. Anda akan berasa tidak selesa apabila puting 'tertarik' ketika bayi menyusu. Selain itu jika puting terbenam balik ketika penyusuan, ia memerangkap kelembapan dan boleh menyebabkan puting merekah. Bagi individu yang ada masalah ini, lap puting hingga kering selepas selesai menyusukan bayi.

Cara bayi menyusu yang tidak betul juga boleh menyebabkan puting terasa sakit. Usik mulut bayi dengan puting supaya mulutnya terbuka cukup besar untuk menyusu dan menghisap hingga ke bahagian areola dan bukan di puting saja. Jika anda berasa selesa dan tidak sakit, bermakna kaedah digunakan adalah betul.

Beri anak susu dari sebelah payu dara untuk satu-satu masa (masa penyusuan antara 20 hingga 30 minit) dan ganti dengan sebelah lagi untuk penyusuan seterusnya. Ini kerana susu badan terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama mengandungi vitamin dan mineral, manakala bahagian kedua (juga dipanggil susu belakang) pula kaya lemak. Jadi menyusu anak dari payu dara sama, bermakna anda memberi susu yang banyak lemak kepadanya dan dia tidak mendapat vitamin serta mineral.

Payu Dara Bengkak dan Sakit

Jika baru melahirkan anak, masalah ini mungkin disebabkan tisu pada payu dara membengkak dan mengandungi banyak susu. Biasanya selepas beberapa bulan masalah ini disebabkan terlalu banyak susu. Untuk mengelak perkara ini, susu anak setiap 2 hingga 3 jam.

Sesetengah wanita mungkin mengalami kenaikan suhu badan yang menyebabkan mereka terasa seperti hampir demam. Jika anda mula bekerja, masalah ini boleh dielak dengan mengepam susu supaya ia boleh disimpan dan diberi kepada anak ketika anda tiada di rumah.

Jika terasa sakit, letak pek sejuk untuk mengurangkan kesakitan. Jika mahu gunakan pek panas juga boleh, tetapi dalam tempoh singkat kerana kepanasan boleh menyebabkan tisu menjadi lebih bengkak. Urut payu dara perlahan-lahan sebelum menyusukan anak boleh melancarkan aliran susu dan melembutkan payu dara.

Benjolan Lembut Pada Payudara

Biasanya ia disebabkan duktus yang mengalirkan susu tersumbat atau tersekat akibat kehadiran sel kulit atau susu. Apabila duktus ini penuh dan kembang, tisu payu dara yang berhampiran menjadi lembut. Antara tanda yang boleh dilihat ialah benjolan merah pada payu dara. Jika perkara ini berlarutan, bengkak menjadi bertambah besar.

Cara untuk mengatasinya ialah menyusu anak dengan kerap mengikut keperluannya. Mulakan penyusuan dengan payu dara yang alami bengkak dengan meletakkan bayi (pastikan hidungnya terkena payu dara anda) berhampiran bahagian bengkak. Cara ini dikatakan dapat melancarkan pengeluaran susu badan.

Jika masalah bengkak berulang pada payu dara sama, tukar posisi penyusuan dan elak memakai pakaian yang banyak memberi tekanan pada payu dara, termasuk baju dalam yang ada besi penyokong. Selain itu, urutan boleh mengurangkan masalah ini.

Pada masa sama, wanita perlu belajar beberapa posisi menyusukan bayi sama ada dengan mendakap anak (sambil duduk) atau menggunakan alat bantuan seperti bantal penyokong bagi mengelak si ibu mengalami masalah sakit pinggang.

Fakta Penting Penyusuan Bayi

* Menyusu bayi akan mempercepatkan wanita mendapatkan kembali bentuk badan asal

* Mengurangkan risiko kanser ovari dan payu dara

* Antara kaedah merancang keluarga dengan menjarakkan kehamilan (jika penyusuan secara eksklusif selama enam bulan)

* Menjimatkan belanja dan tidak akan ada masalah pembaziran kerana susu hanya dikeluarkan apabila anak menyusu

* Boleh diberi bila-bila masa dan susu ibu sangat steril (bebas kuman)

* Susu ibu berkualiti tinggi tanpa mengira corak pemakanan ibu

* Mengurangkan risiko bayi mendapat demam kuning

* Risiko bayi mengalami masalah cirit-birit juga kurang

* Melancarkan sistem pengkumuhan bayi

Sumber :- Info Kesihatan

Monday, March 8, 2010

6 penyakit bukan barah payu dara - Mempunyai ciri-ciri hampir sama dengan barah payu dara

HANYA 20 peratus penyakit pada payu dara adalah barah. Selebihnya bukan barah tetapi masih mendatangkan rasa sakit dan memerlukan rawatan.

Ada enam jenis penyakit bukan barah yang menyerang payu dara. Setiap satu memiliki ciri-ciri yang hampir sama dengan barah payu dara. Justeru pengesanan dan pemeriksaan awal membolehkan seseorang itu mengetahui sama ada dia diserang barah atau tidak.

Dr Komathy Thiagarajan dari Bahagian Reproduksi Manusia, Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN), tidak dinafikan barah payu dara adalah barah yang menduduki carta teratas sebagai pembunuh wanita.

“Pada 2003 misalnya, daripada 100,000 wanita, 39.5 adalah pesakit barah payu dara manakala 16.5 peratus pesakit barah servik. Tetapi bukan semua penyakit pada payu dara itu barah,” katanya.

Pengesanan awal boleh mengurangkan risiko barah payu dara. Pemeriksaan sendiri misalnya mengambil masa kurang lima minit dan dilakukan sebulan sekali.

“Kekerapan membuat pemeriksaan sendiri mengikut jadual membolehkan wanita itu biasa dengan payu daranya dan jika berlaku keganjilan dia akan tahu ada yang tidak kena,” katanya.

Komathy berkata, amat penting bagi seseorang yang tidak pasti dengan keadaan payu daranya membuat pemeriksaan. Apatah lagi jika tergolong dalam kumpulan berisiko (adik beradik atau saudara terdekat yang meninggal dunia atau didiagnos dengan barah).

Selalunya wanita di dalam kumpulan begini diberi lebih perhatian kerana risiko barah payu dara yang tinggi berbanding wanita lain.

Mengenali enam jenis penyakit bukan barah

Fibrosistik

Fibrosistik menyebabkan payu dara kelihatan berbenjol dan terasa sangat sakit. Selalunya kesakitan bertambah menjelang haid.

Fibrosistik terjadi kepada lebih 50 peratus wanita. Ia masalah biasa dan dialami wanita tanpa mengira usia tetapi lebih kerap pada wanita sekitar umur reproduktif.

Fibrosistik dikenali menerusi keadaannya yang berbenjol, bengkak, sista cecair selain sakit. Ia bukan faktor risiko kepada barah tetapi keadaan payu dara yang berbenjol menimbulkan rasa tidak selesa.

Malah jika seseorang itu sebenarnya berhadapan dengan barah payu dara, sukar untuk membuat pengesanan kerana keadaan payu dara yang firbosistik.

Penyakit ini dikaitkan dengan kitaran haid. Kerana itu ia akan berasa sangat sakit menjelang haid. Dalam sesetengah kes, simptom fibrosistik masih berterusan ketika hampir putus haid. Dalam kes tertentu, fibrosistik memerlukan biopsi terutama jika benjolan agak keras.

“Tiada rawatan khusus menanganinya. Biasanya pesakit dinasihatkan tidak mengambil minuman berkafein. Kadangkala doktor menyarankan pesakit mengambil Vitamin B 6,”

Tetapi kebanyakan kes fibrosistik boleh ditangani dengan pengambilan pil perancang keluarga.

Fibroadenoma

Fibroadenoma adalah satu punca benjol pada payu dara. Ia tidak sakit dan boleh bergerak-gerak jika dipicit. Ia masalah payu dara yang sering terjadi dan boleh menyerang wanita tanpa mengira usia. Lebih kerap menyerang wanita berusia 20an dan 30an. Jika benjolan terjadi pada wanita berusia 40an, kemungkinan besar ia bukan firodenoma

Fibroadenoma dikaitkan dengan tahap hormon estrogen yang lebih tinggi dari biasa. Selalunya benjolan yang tumbuh berukuran satu ke 1.5 sentimeter. Saiz itu selalunya kecil hingga ia akan mengecil dengan sendirinya apabila tahap estrogen wanita menurun

Walaupun ia berbenjol seperti fibrosistik, tetapi benjolannya mempunyai sempadan yang jelas. Ia boleh bergerak-gerak apabila dipicit dan boleh tumbuh lebih dari satu benjolan pada satu-satu masa.

Diagnosis menentukan sama ada benjolan itu barah atau fibroadenoma memerlukan biopsi. Rawatan terbaik menangani fibroadenoma adalah pembedahan membuang benjolan kecuali jika ia terlalu kecil atau terlalu banyak.

Walaupun selepas pembedahan fibroadenoma boleh berulang.

Nekrosis lemak
Selalunya nekrosis lemak terjadi apabila berlakunya kecederaan pada tisu lemak payu dara. Tisu yang tercedera menjadi benjolan keras atau benjolan berisi minyak.

Seperti kebanyakan penyakit payu dara lain, diagnosis nekrosis lemak memerlukan biopsi. Tiada rawatan khusus untuk menangani nekrosis lemak.

Radang payu dara(mastitis)

Terjadi apabila kulit payu dara pecah dan kuman memasuki tisu payu dara. Ia menyebabkan jangkitan hingga kawasan yang tercedera terasa sakit dan kulit payu dara menjadi merah.

Biasanya doktor akan memberikan ubat penahan sakit dan antibiotik. Jika dibiarkan melarat nanah boleh berkumpul dan memerlukan pembedahan bagi mengeluarkan nanah.

Radang payu dara adalah masalah biasa bagi ibu yang menyusukan bayi. Anda akan tahu diserang radang payu dara apabila ia berasa sakit, panas, bengkak dan merah. Kadangkala tubuh berasa letih, gatal dan selesema. Kadangkala ibu yang menyusu bayi akan diserang demam dan selesama sebelum menyedari mereka sebenarnya mengalami radang payu dara.

Galaktorea
Galaktorea adalah masalah susu yang dihasilkan dari payu dara wanita yang tidak menyusu bayi. Kadangkala galaktorea membabitkan sebelah payu dara saja atau mungkin boleh menyerang kedua-dua belah payu dara.

Dalam kes galaktorea, susu mungkin keluar secara spontan atau setiap kali payu dara disentuh. Galaktorea dikaitkan dengan penggunaan ubat-ubatan tertentu (ubat darah tinggi, ubat kemurungan, hormon dan ubat tahan muntah).

Ia boleh juga terjadi kerana penggunaan dadah, ketumbuhan pada kelenjar susu atau pemeriksaan payu dara sendiri yang terlalu kerap. Kadangkala galaktorea boleh terjadi kerana stimulasi aktiviti seks. Galaktorea biasanya dirawat berdasarkan punca penyebab.

Ektasia duktus (duct ectasia)

Walaupun barah payu dara dikaitkan dengan pengeluaran nanah pada puting, ada juga sejenis penyakit bukan barah yang boleh mengeluarkan cecair tebal dan melekat.

Ektasia duktus atau masalah jangkitan saluran susu misalnya menyebabkan puting mengeluarkan cecair berwarna hitam atau hijau. Biasanya ia menyerang wanita berusia 40 dan 50 tahun.

Ektasia duktus menyebabkan areola (kawasan berwarna gelap sekeliling puting) terasa sakit, merah dan mungkin terdapat benjolan keras. Ia terjadi kerana saluran susu yang bengkak.

Ektasia duktus boleh hilang dengan sendirinya atau dirawat dengan tuam panas dan pengambilan ubat-ubatan antibiotik. Dalam kes tertentu, benjolan saluran susu mungkin perlu dibuang secara pembedahan.

This article comes from LAMAN WEB RASMI HOSPITAL SULTAN ABDUL HALIM.SG.PETANI
http://hsah.moh.gov.my

Fakta Tentang Payudara

Setiap bagian tubuh menyimpan rahasianya sendiri. Begitu juga payudara. Selain fakta bahwa payudara rentan sinar matahari, tahukah anda kalau ternyata ada 4 juta payudara palsu yang beredar.

Kebanyakan wanita hanya memusingkan bagaimana cara memperindah bentuk payudara. Para wanita ini sibuk melakukan penanaman silikon dan sejenisnya serta mempercantik payudara dengan model bra yang terbaru.

Pernahkan mendengar payudara Anda mengeluh? Mulai sekarang Anda harus tahu beberapa hal penting tentang payudara.

Payudara bisa bertambah gemuk
Ketika memasuki umur 20 tahun, payudara mulai menghasilkan lemak, kelenjar susu dan kolagen. "Dalam umur itu, kelenjar dan kolagen menyusut dan digantikan oleh lemak dan lebih banyak lagi lemak," jelas Laurie A Casa, dokter bedah plastik dari Nortwestern Feinberg School of Medicine. Biasanya ukuran bra Anda akan semakin bertambah. Jika Anda memakai bra yang kendur hasilnya payudara akan turun. Memakai bra yang ketat tak akan membantu Anda melewati tahap pertumbuhan ini.

Berat payudara bisa menipu
Berat payudara bisa diukur dari ukuran bra. Misalkan cup A adalah seperempat pons, bra dengan cup B beratnya sekitar setengah pons, cup C diperkirakan beratnya 3/4 pons dan cup D beratnya satu pons.

Kulit payudara elastis
Kulit payudara sangatlah elastis. Untuk menjaga kelembaban payudara sebaiknya Anda mengolesinya dengan krim pelembab khusus. Hal ini bisa menstimulasi kolagen dan menjaga elastisitas payudara. Jangan abaikan puting Anda. Konsultasikan pada dokter pelembab apa yang cocok untuk payudara anda.

Tumbuhnya bulu di sekitar payudara adalah normal
Hampir setiap wanita punya bulu di sekitar payudaranya. Namun tingkat pertumbuhannya beragam. Ada yang bentuknya halus tapi ada pula yang berwarna hitam serta lebat. Hal ini adalah normal, Anda tak perlu takut jika payudara mulai ditumbuhi bulu yang dinilai berlebihan. Anda bisa membersihkan area ini dengan alkohol, mencabuti setiap bulu dan membersihkannya lagi dengan lotion anti bakteri untuk mencegah infeksi.

Setiap pasang payudara punya titik tersendiri
Ternyata puting payudara tak hanya hadir dengan ukuran yang berbeda. Letak dan arah puting antara satu wanita dengan yang lainnya juga berbeda-beda. "Ada puting yang arahnya ke atas, bawah, kanan atau kiri tergantung dari struktur dan lingkaran hitam payudara," ungkap Dr. Casas. Lingkaran yang berada di sekitar puting kadang ukurannya lebih besar dan bisa membuat puting mengarah ke atas. Yang lainnya lebih rendah atau dekat dengan tepi payudara. Seorang wanita bisa saja memiliki arah puting berbeda satu dengan yang lainnya.

Payudara punya siklus bulanan juga
Naik turunnya hormon bisa menyebabkan jaringan payudara Anda berganti setiap minggunya. Ini bisa diukur dari siklus bulanan Anda atau masa haid. Sehari setelah haid jaringan payudara akan lebih lembut. Pertengahan masa haid berlalu, putingmu akan menjadi lebih sensitif dikarenakan hormon estrogen meningkat. Seminggu sebelum haid dan selama haid berlangsung, hormon progesteron yang berlebihan akan membuat payudara membesar, tak rata dan terasa sakit. Coba konsumsi obat penghilang rasa sakit anjuran dokter atau meminum kafein bisa membantu menghilangkan rasa sakit di payudara.

Ajak payudara Anda ke doktor
Karena siklus bulanan juga berpengaruh pada payudara ada baiknya Anda melakukan check up. Dari hasil pemeriksaan bisa diketahui bagaimana kondisi payudara Anda. Apakah baik-baik saja atau sebaliknya. Lewat pemeriksaan ini, masalah payudara bisa diketahui lebih dini. Hati-hati dengan kanker payudara yang kian hari makin berkembang.

Ada 4 juta payudara palsu
Sekitar 2 juta wanita di Amerika Serikat memiliki payudara palsu dengan melakukan implan. sekitar 250 ribu wanita yang melakukan operasi ini setiap tahunnya. Rata-rata para wanita ini melakukan operasi ketika memasuki umur 34 tahun dan 90% dari mereka melakukannya setelah memiliki anak. Dalam masa itu mereka merasa payudaranya sudah tidak indah lagi. Tapi tak semua wanita ini bahagia dengan hasil implan. 6% dari para wanita ini kemudian mencabut silikon yang telah mereka tanamkan di payudaranya.

Implan masih riskan untuk dilakukan
Walaupun penelitian belum menemukan akibat negatif yang terjadi setelah operasi penanaman silikon berlangsung, tapi silikon dan sejenisnya itu juga punya efek samping. Hampir dari 10% kasus yang terjadi setelah implan adalah payudara menjadi kempis, keriput dan mereka akan melakukan operasi lainnya untuk mengatasi itu. Walaupun kecil, operasi penanaman silikon tetap menyebabkan risiko infeksi dan pendarahan.

Payudara bisa terbakar matahari walaupun Anda memakai bra
Walaupun bikini atau pakaian renang Anda menutupi bagian payudara, tetap saja ancaman terbakar sinar matahari bisa terjadi pada payudara. Baju renang yang tipis hanya bisa menghalang sinar matahari dengan kadar SPF 5 atau 7. Jadi olesi payudara dengan krim perlindungan yang mengandung SPF 15 ditambah UVA dan UVB. Tanpa perlindungan yang cukup payudara akan menjadi keriput dan timbul bintik-bintik coklat.

Tuesday, February 23, 2010

T-shirt ikut ukuran payudara

Mungkin anda sering mengalami kesulitan menemukan t-shirt yang terlihat serasi di tubuh anda. Padahal t-shirt kan termasuk outfit yang paling basic. Tapi dengan begitu banyak pilihan potongan leher, model tangan, dan lain-lain hal ini memang terkadang membingungkan.

Untuk mendapatkan t-shirt yang pas, pertama anda harus memperhatikan ukuran payudara anda. Hal ini ternyata membawa pengaruh yang besar dalam memilih t-shirt yang serasi untuk kita kenakan.

Bagi mereka yang memiliki ukuran payudara besar, usahakan pilih t-shirt dengan potongan kerah v-neck. Karena model ini mengalihkan perhatian dari bagian dada anda. Sebaiknya anda menghindari t-shirt lengan panjang atau lengan 3/4. Ini hanya akan menambah efek lengan dan dada besar. hindari juga t-shirt dengan potongan leher tinggi, ukuran yang kebesaran, juga t-shirt lengan buntung.

Sementara untuk anda yang memiliki ukuran payudara lebih kecil, ada triknya juga. Anda akan terlihat lebih ok dengan t-shirt berpotongan leher tinggi atau asimetris. Dengan mengenakannya, bahu anda akan terlihat lebih lebar dan meninggalkan kesan dada yang lebih besar. Lebih baik lagi jika anda mengenakan t-shirt sleeveless. intinya adalah mengalihkan perhatian dari bagian dada anda.

Menjaga Payudara Semasa Menyusu




















a. Pastikan payudara sentiasa bersih dengan mengelapnya dengan kain lembap bersih sebelum dan selepas menyusukan bayi.

b. Gunakan coli yang lembut dan tidak merengsakan. Pastikan coli lebar dan menutup seluruh payudara.

c. Sentiasa buat pemeriksaan payudara sendiri bagi memastikan tiada kesan luka pada aerola, tiada mantiti atau benjolan (susu tersumbat dalam payudara). Sekiranya ada, lakukan langkah-langkah pencegahan seperti yang disarankan dan cepat berjumpa doktor.

d. Amalan mandi panas boleh membantu melancarkan proses penyusuan.

e. Jangan lupa menggilirkan payudara semasa menyusu. Penyusuan pada sebelah payudara sahaja munkin menyebabkan bentuk dan saiz tidak seimbang.

Penyusuan bayi bagi ibu berkarier

Penyusuan ibu bagi wanita bekerja:

Bekerja bukanlah halangan bagi ibu untuk menyusukan bayi. Teknik-teknik yang dicadangkan adalah seperti berikut;

1. Pemerahan susu secara manual atau menggunakan 'breastpump'.
2. Susu yang telah diperah boleh disimpan selama 24jam di dalam peti sejuk dan sehingga 2 minggu apabila di sejuk bekukan.


Berat badan unggul:

Berat badan unggul penting bagi ibu untuk mengekalkan kesihatan dan menjaga penampilan. Semasa penyusuan, seseorang ibu mudah untuk mengurangkan berat badannya. Ini kerana badan membakar kalori dengan banyak dan senaman ringan sudah memadai bagi membakar lebihan lemak. Enam minggu selepas bersalin merupakan tempoh yang paling ideal untuk isu bersalin berehat. Ibu boleh memulakan senaman ringan selepas itu.

Wednesday, February 10, 2010

PERUBAHAN payudara semasa hamil

SERING KALI WANITA HAMIL DIBELENGGU PELBAGAI SOALAN YANG SUKAR DIJAWAB TENTANG PERUBAHAN DIRI MEREKA. ANTARANYA ADALAH TENTANG PERUBAHAN PAYUDARA MEREKA. ADA YANG MENGADU, BAHAGIAN TERSEBUT SAKIT DAN ADA JUGA YANG BIMBANG DENGAN SAIZNYA YANG SEMAKIN MEMBESAR. DISINI SAYA AKAN MENGETENGAHKAN BEBERAPA SOALAN TENTANG PAYUDARA BESERTA JAWAPANNYA.

Mengapa payudara berasa sakit semasa hamil?
Perubahan hormon semasa mengandung menyebabkan payudara anda berasa sakit. hal ini kerana berlaku peningkatan aliran darah dan perubahan dalam tisu payudara. Keadaan itu mnyebabkan payudara berasa kebas, membengkak, menegang dan berasa sakit apabila disentuh. Sesetangah wanita menggambarkan keadaan itu menyamai kesakitan yang dialami beberapa hari sebelum kedatangan haid. Kesakitan pada payudara adalah salah satu tanda awal yang menunjukkan seseorang wanita itu hamil. Biasanya keadaan ini akan dialami pada minggu ke empat hingga ke enam dan ia akan berakhir pada trisemester pertama.

Apakah perubahan payudara yang mungkin dialami oleh wanita hamil?
Bermula dari minggu ke lapam, payudara mulai membengkak dan ia akan terus membesar sepanjang tempoh kehamilan anda. Payudara membesar adalah perkara biasa bagi wanita yang hamil anak sulung. Payudar wanita hamil akan berasa gatal dan ia mungkin disebabkan oleh ketegangan yang berlaku di sekitar kulit payudara. Tidak mustahil juga ia akan menyebabkan "strecth mark" pada bahagian berkeanaan.
Berkemungkinan juga anda dapat melihat urat darah pada kulit payudara,dan kemungkinan juga puting payudara menjadi lebih besar dan gelap. Selepas beberapa bulan, bahagian aerola pigmen-pigmen yang mengelilingi bahagian puting susu, akan menjadi lebih besar dan gelap.

Anda mungkin tidak sedar dengan kehadiran bintik-bintik pada aerola sebelum ini. Kini, bintik-bintik itu atau kelenjar minyak semakin jelas kelihatan. i juga dinamakan Montgomery's tubecles yang mana perubahan ini akan membantu bakal ibu mempersiapkan diri untuk menyusukan bayinya nanti.
Sepanjang bulan ketiga kehamilan, payudara mulai menghasilkan kolostrum, susu istimewa yang bakal diterima oleh bayi pada hisapan kali pertamanya. Semasa bulan-bulan terakhir kehamilan, puting susu anda akan mengeluarkan cecair berwarna kekuningan. Sesetengah wanita hamil akan mengalami keadaan ini dengan lebih awal dan ada pula yang langsung tidak mengalaminya.

Apakah cara untuk mengurangkan sakit pada payudara?
Cara terbaik adalah dengan mendapatkan coli yang mempunyai daya sokongan yang baik. Cuba dapatkannya di kedai-kedai yang menjual baju dalam untuk wanita hamil. Anda juga boleh mendapatkan bantuan daripada penjual untuk mendapatjan coli terbaik untuk anda. Anda mungkin mendapatkan coli tanpa dawai kurang selesa. Untuk mengelakkan keadaan ketidakselesaaan ini, cuba dapatkan coli yang diperbuat daripada bahan yang lembut dan tidak menyebabkan puting payudara berasa tidak selesa.

Coli daripada kain kapas adalah lebih selesa berbanding jenis sintetik. Untuk sokongan yang baik sewaktu di hari-hari biasa, cubalah coli untuk wanita mengandung. Sepanjang trimester ketiga anda mungkin perlu melaburkan wang membeli coli untuk wanitahamil. Apatah lagi sewaktu menyusukan bayi, penggunaan coli sebegini memantu and dengan sebaik-baiknya. Bagi penggunaan coli di malam hari, cuba dapatkan coli wanita hamil untuk tidur malam, bahannya lebih lembut dan boleh didapati di kedai yang menjual perkakasan wanita hamil.
Adalah lebih baik untuk memakai coli yang menyokong payudara dengan ampuh dan sebaik-baiknya semasa anda melakukan senaman. Apatah lagi pada saat ini payudara lebih besar.

Coli yang direka khas untuk senaman biasanya menyediakan sokongan tambahan yang anda perlukan dan mengurangkan ketidakselesaan sewaktu bersenam. Sewaktu membeli coli juga perlu pastikan terdapat ruang tambahan di dalamnya. Apatah lagi, payudara mempunyai potensi untuk mengembang lagi. Semasa payudara mengembang, ukuran di dada turut mengembang. Memilih coli yang besar sedikit membantu anda medapatkan keselesaan sewaktu payudara mulai mengembang. Sebaik-baiknya dapatkan coli untuk menyusu sebelum melahirkan bayi.

Monday, January 18, 2010

DARI MANA DATANGNYA FAKTOR BESAR NYA PAYUDARA SESEORANG?

Sebuah rujukan menyebutkan, idealnya masing-masing payudara memiliki berat sekitar 750 gram. Tinggi dari lingkaran terluar sampai puting berkisar 10 hingga 15 cm dan volume antara 350 sampai 500 cc. Kalau disesuaikan menurut ukuran bra, hasilnya adalah 34 B sampai 36 B.

Namun, apakah payudara berukuran 36 B merupakan payudara yang sihat? Jawabnya, belum tentu. Kerana itu, para wanita sebaiknya tidak perlu berkecil hati bila memiliki ukuran payudara lebih kecil dari ukuran tersebut.

“Yang penting boleh mengeluarkan susu ibu dengan lancar dalam jumlah cukup untuk memenuhi keperluan bayi,” ujar doktor pakar kebidanan dan kandungan.
Pertumbuhan payudara ditentukan oleh hormon dan faktor genetik. Jika seorang anak perempuan berasal dari keluarga yang para wanitanya memiliki payudara besar, kemungkinan ia untuk memiliki payudara besar pun lebih tinggi daripada anak yang berasal dari keluarga yang para wanitanya berpayudara tidak besar.
Pada saat pertumbuhan payudara, estrogen merupakan hormon yang paling penting. Tentu, estrogen tidak bekerja sendiri. Ia dibantu oleh hormon progesteron, prolaktin, dan hormon pertumbuhan.
Semuanya bekerja sama “menumbuhkan” payudara, terutama ketika masa puber. Keempatnya juga nantinya berpengaruh pada banyak tidaknya susu yang dihasilkan oleh seorang perempuan.
Related Posts with Thumbnails

How much do you know about Breasts? Pledge for Women

How much do you know about Breasts? Pledge for Women


How much do you know about Breasts? Pledge for Women profile image

Did you know that breast cancer is the No. 1 cause of cancer deaths among women in Malaysia? To contribute towards the future of women, all you need to do is fill in your name, email and pledge!

1 in 20 women in Malaysia has a risk of getting breast cancer in their lifetime? How much do you know about genital warts and HPV? Isn't it scary that it occurs among men and women aged 18-28 years and the prevalence is rising in younger age group (e.g., 15-19), and elderly individuals?


The Passionately You Cervical & Breast Cancer Awareness Campaign is a voluntary collaboration between Assunta Hospital, Asia Assistance, Jaya One and PJ Live Arts founded to encourage the community to support the cause for cervical & breast cancer awareness and early detection. It also helps raise funds for the Community Treatment Program at Assunta Hospital that provides aid to cancer patients from the low income group.

Help raise 6,000 pledges by 22nd of October 2011 by submitting your pledge and spreading awareness to your friends, joining celebrities such as Amber Chia, Niki Cheong, Farah Fauzana and former Miss Malaysia and cancer survivor Genevieve Sambhi! To make things even better, you might even get to win a 32” Panasonic LCD TV if you get all your friends to pledge as well... so what are you waiting for? Pledge now!