Wednesday, February 10, 2010

PERUBAHAN payudara semasa hamil

SERING KALI WANITA HAMIL DIBELENGGU PELBAGAI SOALAN YANG SUKAR DIJAWAB TENTANG PERUBAHAN DIRI MEREKA. ANTARANYA ADALAH TENTANG PERUBAHAN PAYUDARA MEREKA. ADA YANG MENGADU, BAHAGIAN TERSEBUT SAKIT DAN ADA JUGA YANG BIMBANG DENGAN SAIZNYA YANG SEMAKIN MEMBESAR. DISINI SAYA AKAN MENGETENGAHKAN BEBERAPA SOALAN TENTANG PAYUDARA BESERTA JAWAPANNYA.

Mengapa payudara berasa sakit semasa hamil?
Perubahan hormon semasa mengandung menyebabkan payudara anda berasa sakit. hal ini kerana berlaku peningkatan aliran darah dan perubahan dalam tisu payudara. Keadaan itu mnyebabkan payudara berasa kebas, membengkak, menegang dan berasa sakit apabila disentuh. Sesetangah wanita menggambarkan keadaan itu menyamai kesakitan yang dialami beberapa hari sebelum kedatangan haid. Kesakitan pada payudara adalah salah satu tanda awal yang menunjukkan seseorang wanita itu hamil. Biasanya keadaan ini akan dialami pada minggu ke empat hingga ke enam dan ia akan berakhir pada trisemester pertama.

Apakah perubahan payudara yang mungkin dialami oleh wanita hamil?
Bermula dari minggu ke lapam, payudara mulai membengkak dan ia akan terus membesar sepanjang tempoh kehamilan anda. Payudara membesar adalah perkara biasa bagi wanita yang hamil anak sulung. Payudar wanita hamil akan berasa gatal dan ia mungkin disebabkan oleh ketegangan yang berlaku di sekitar kulit payudara. Tidak mustahil juga ia akan menyebabkan "strecth mark" pada bahagian berkeanaan.
Berkemungkinan juga anda dapat melihat urat darah pada kulit payudara,dan kemungkinan juga puting payudara menjadi lebih besar dan gelap. Selepas beberapa bulan, bahagian aerola pigmen-pigmen yang mengelilingi bahagian puting susu, akan menjadi lebih besar dan gelap.

Anda mungkin tidak sedar dengan kehadiran bintik-bintik pada aerola sebelum ini. Kini, bintik-bintik itu atau kelenjar minyak semakin jelas kelihatan. i juga dinamakan Montgomery's tubecles yang mana perubahan ini akan membantu bakal ibu mempersiapkan diri untuk menyusukan bayinya nanti.
Sepanjang bulan ketiga kehamilan, payudara mulai menghasilkan kolostrum, susu istimewa yang bakal diterima oleh bayi pada hisapan kali pertamanya. Semasa bulan-bulan terakhir kehamilan, puting susu anda akan mengeluarkan cecair berwarna kekuningan. Sesetengah wanita hamil akan mengalami keadaan ini dengan lebih awal dan ada pula yang langsung tidak mengalaminya.

Apakah cara untuk mengurangkan sakit pada payudara?
Cara terbaik adalah dengan mendapatkan coli yang mempunyai daya sokongan yang baik. Cuba dapatkannya di kedai-kedai yang menjual baju dalam untuk wanita hamil. Anda juga boleh mendapatkan bantuan daripada penjual untuk mendapatjan coli terbaik untuk anda. Anda mungkin mendapatkan coli tanpa dawai kurang selesa. Untuk mengelakkan keadaan ketidakselesaaan ini, cuba dapatkan coli yang diperbuat daripada bahan yang lembut dan tidak menyebabkan puting payudara berasa tidak selesa.

Coli daripada kain kapas adalah lebih selesa berbanding jenis sintetik. Untuk sokongan yang baik sewaktu di hari-hari biasa, cubalah coli untuk wanita mengandung. Sepanjang trimester ketiga anda mungkin perlu melaburkan wang membeli coli untuk wanitahamil. Apatah lagi sewaktu menyusukan bayi, penggunaan coli sebegini memantu and dengan sebaik-baiknya. Bagi penggunaan coli di malam hari, cuba dapatkan coli wanita hamil untuk tidur malam, bahannya lebih lembut dan boleh didapati di kedai yang menjual perkakasan wanita hamil.
Adalah lebih baik untuk memakai coli yang menyokong payudara dengan ampuh dan sebaik-baiknya semasa anda melakukan senaman. Apatah lagi pada saat ini payudara lebih besar.

Coli yang direka khas untuk senaman biasanya menyediakan sokongan tambahan yang anda perlukan dan mengurangkan ketidakselesaan sewaktu bersenam. Sewaktu membeli coli juga perlu pastikan terdapat ruang tambahan di dalamnya. Apatah lagi, payudara mempunyai potensi untuk mengembang lagi. Semasa payudara mengembang, ukuran di dada turut mengembang. Memilih coli yang besar sedikit membantu anda medapatkan keselesaan sewaktu payudara mulai mengembang. Sebaik-baiknya dapatkan coli untuk menyusu sebelum melahirkan bayi.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

How much do you know about Breasts? Pledge for Women

How much do you know about Breasts? Pledge for Women


How much do you know about Breasts? Pledge for Women profile image

Did you know that breast cancer is the No. 1 cause of cancer deaths among women in Malaysia? To contribute towards the future of women, all you need to do is fill in your name, email and pledge!

1 in 20 women in Malaysia has a risk of getting breast cancer in their lifetime? How much do you know about genital warts and HPV? Isn't it scary that it occurs among men and women aged 18-28 years and the prevalence is rising in younger age group (e.g., 15-19), and elderly individuals?


The Passionately You Cervical & Breast Cancer Awareness Campaign is a voluntary collaboration between Assunta Hospital, Asia Assistance, Jaya One and PJ Live Arts founded to encourage the community to support the cause for cervical & breast cancer awareness and early detection. It also helps raise funds for the Community Treatment Program at Assunta Hospital that provides aid to cancer patients from the low income group.

Help raise 6,000 pledges by 22nd of October 2011 by submitting your pledge and spreading awareness to your friends, joining celebrities such as Amber Chia, Niki Cheong, Farah Fauzana and former Miss Malaysia and cancer survivor Genevieve Sambhi! To make things even better, you might even get to win a 32” Panasonic LCD TV if you get all your friends to pledge as well... so what are you waiting for? Pledge now!