Sunday, May 9, 2010

Payudara - Struktur dan Jenis

Bentuk dan ukuran payudara wanita terus berubah selama hidupnya dan tergantung sepenuhnya pada faktor genetik, kondisi iklim, diet, gaya hidup dan jenis pembawakan yang mereka berikan selama dan setelah pengembangan. Bentuk dan ukuran payudara kanan dan kiri perempuan adalah identik. Sebenarnya cukup umum bahawa adalah kedua payudara tidak sama besar.

Ada berbagai bentuk payudara dan jenis. Kami telah mencuba untuk mengklasifikasikan mereka ke dalam 8 kategori. Bilangan 6, 7, dan 8 adalah sub diklasifikasikan dalam kelainan umum yang ditemukan pada wanita.



1. Bentuk payudara yang sempurna

2. Kendur payudara

3. Menukik Payudara:

4. Kecil Payudara

5 Besar Payudara


1. Bentuk Payudara yang sempurna: Bentuk payudara yang sempurna cukup langka. Dalam kenyataan dan dalam bidang kedokteran dan estetika, ini merupakan salah satu di mana titik-titik puting keluar, sejajar dengan tanah. Seharusnya tidak ada sag dan payudara harus lentur dan baik-kencang.



2.Menukik Payudara: Sebuah bentuk payudara yang sedikit melengkung ke dalam di atas areola. Tidak ada sag Namun. Karena lentur payudara, puting poin ke atas, cenderung vertikal. Beberapa wanita payudara mengambil bentuk karena kurangnya volume.



3.Payudara Melorot: The titik puting payudara ke bawah sementara juga terkulai ke bawah.

Biasanya ini sangat umum berlaku pada wanita yang berusia yang telah menopause ; di ketegangan payudara mulai kehilangan elasti dan kekuatan mereka.

Pada wanita yang lebih muda jika kendur terjadi umumnya kerana kurangnya dukungan diberikan kepada payudara dalam perkembangannya saat pubertas. Jaringan keras yang memberikan dukungan ke payudara mungkin berakhir melanggar atau semakin lemah dan menyebabkan payudara melorot ke bawah. Memakai bra yang tepat untuk kembalikan ketegangannya mencegah payudara kendur bagi para wanita. Satu-satunya ukuran perbaikan permanen akan melibatkan operasi plastik perbaikan.

Dalam beberapa kes, juga telah menemukan bahawa wanita dengan payudara besar mungkin berakhir memiliki kendur atau terkulai dari payudara. Tingkat kendur dari payudara seringkali tergantung pada jumlah jaringan lemak di dalamnya.



4.Payudara Kecil: Kecil payudara yang indah adalah payudara yang memiliki volume sangat sedikit jaringan lemak dan dengan puting kecil dan areola juga. Ada substansi yang sangat sedikit antara puting dan otot-otot dada untuk jenis bentuk payudara.



5. Payudara besar: Wanita dengan payudara besar memiliki volume tinggi jaringan lemak di payudara mereka. Payudara besara juga akan kebiasaannya mempunyai puting payudara yang besar juga.. Untuk mencegah kendur sangat penting bahawa wanita yang mempunyai payudara besara adalah senang untuk mengalami kekenduran, dan pemilihan bra yang tepat adlah penting.

Wednesday, May 5, 2010

Masalah Penyusuan Bayi


Antara masalah biasa dialami wanita untuk menyusukan bayi :

Puting Terbenam

Dalam sesetengah kes, perkara ini tidak akan menjejaskan penyusuan, terutama jika bayi boleh memasukkan seluruh bahagian areola (kawasan berwarna di sekeliling puting) kerana di sinilah terletaknya duktus susu. Bagaimanapun dalam kes teruk, bayi mungkin tidak dapat menyusu. Bagaimana untuk mengetahui jika anda mengalami masalah ini?

Caranya mudah, picit bahagian areola (kira-kira 2.5 sentimeter atau satu inci dari puting) perlahan-lahan. Jika puting keluar, bermakna anda hanya perlu memberi rangsangan sebelum menyusukan anak.

Sebaliknya jika puting tidak keluar, anda mungkin mengalami masalah ini. Beberapa cara boleh digunakan untuk merangsang puting keluar seperti menggunakan pam khas dipanggil nipplet. Alat ini perlu diletakkan di atas bahagian puting dan tarik pam perlahan-lahan diikuti urutan untuk melembutkan puting. Kaedah ini perlu dilakukan setiap kali sebelum menyusukan bayi.

Selain itu, mereka boleh memberi rangsangan kepada puting dengan memicit bahagian areola setiap kali ketika mandi. Buat selama satu dua minit. Pada masa sama letakkan kain lembap atau disejukkan dengan ais untuk meningkatkan rangsangan. Kaedah ini boleh mengatasi masalah puting terbenam secara perlahan-lahan dan wanita tidak perlu lagi bergantung kepada nipplet.

Wanita juga boleh menggunakan pam payudara untuk merangsang puting sejurus sebelum menyusukan anak. Ia bukan saja dapat mengelak masalah pengumpulan terlalu banyak susu, malah memudahkan bayi menyusu.

Puting Terasa Sakit dan Rengsa

Wanita yang ada masalah puting terbenam mudah mengalami kerengsaan puting. Anda akan berasa tidak selesa apabila puting 'tertarik' ketika bayi menyusu. Selain itu jika puting terbenam balik ketika penyusuan, ia memerangkap kelembapan dan boleh menyebabkan puting merekah. Bagi individu yang ada masalah ini, lap puting hingga kering selepas selesai menyusukan bayi.

Cara bayi menyusu yang tidak betul juga boleh menyebabkan puting terasa sakit. Usik mulut bayi dengan puting supaya mulutnya terbuka cukup besar untuk menyusu dan menghisap hingga ke bahagian areola dan bukan di puting saja. Jika anda berasa selesa dan tidak sakit, bermakna kaedah digunakan adalah betul.

Beri anak susu dari sebelah payu dara untuk satu-satu masa (masa penyusuan antara 20 hingga 30 minit) dan ganti dengan sebelah lagi untuk penyusuan seterusnya. Ini kerana susu badan terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama mengandungi vitamin dan mineral, manakala bahagian kedua (juga dipanggil susu belakang) pula kaya lemak. Jadi menyusu anak dari payu dara sama, bermakna anda memberi susu yang banyak lemak kepadanya dan dia tidak mendapat vitamin serta mineral.

Payu Dara Bengkak dan Sakit

Jika baru melahirkan anak, masalah ini mungkin disebabkan tisu pada payu dara membengkak dan mengandungi banyak susu. Biasanya selepas beberapa bulan masalah ini disebabkan terlalu banyak susu. Untuk mengelak perkara ini, susu anak setiap 2 hingga 3 jam.

Sesetengah wanita mungkin mengalami kenaikan suhu badan yang menyebabkan mereka terasa seperti hampir demam. Jika anda mula bekerja, masalah ini boleh dielak dengan mengepam susu supaya ia boleh disimpan dan diberi kepada anak ketika anda tiada di rumah.

Jika terasa sakit, letak pek sejuk untuk mengurangkan kesakitan. Jika mahu gunakan pek panas juga boleh, tetapi dalam tempoh singkat kerana kepanasan boleh menyebabkan tisu menjadi lebih bengkak. Urut payu dara perlahan-lahan sebelum menyusukan anak boleh melancarkan aliran susu dan melembutkan payu dara.

Benjolan Lembut Pada Payudara

Biasanya ia disebabkan duktus yang mengalirkan susu tersumbat atau tersekat akibat kehadiran sel kulit atau susu. Apabila duktus ini penuh dan kembang, tisu payu dara yang berhampiran menjadi lembut. Antara tanda yang boleh dilihat ialah benjolan merah pada payu dara. Jika perkara ini berlarutan, bengkak menjadi bertambah besar.

Cara untuk mengatasinya ialah menyusu anak dengan kerap mengikut keperluannya. Mulakan penyusuan dengan payu dara yang alami bengkak dengan meletakkan bayi (pastikan hidungnya terkena payu dara anda) berhampiran bahagian bengkak. Cara ini dikatakan dapat melancarkan pengeluaran susu badan.

Jika masalah bengkak berulang pada payu dara sama, tukar posisi penyusuan dan elak memakai pakaian yang banyak memberi tekanan pada payu dara, termasuk baju dalam yang ada besi penyokong. Selain itu, urutan boleh mengurangkan masalah ini.

Pada masa sama, wanita perlu belajar beberapa posisi menyusukan bayi sama ada dengan mendakap anak (sambil duduk) atau menggunakan alat bantuan seperti bantal penyokong bagi mengelak si ibu mengalami masalah sakit pinggang.

Fakta Penting Penyusuan Bayi

* Menyusu bayi akan mempercepatkan wanita mendapatkan kembali bentuk badan asal

* Mengurangkan risiko kanser ovari dan payu dara

* Antara kaedah merancang keluarga dengan menjarakkan kehamilan (jika penyusuan secara eksklusif selama enam bulan)

* Menjimatkan belanja dan tidak akan ada masalah pembaziran kerana susu hanya dikeluarkan apabila anak menyusu

* Boleh diberi bila-bila masa dan susu ibu sangat steril (bebas kuman)

* Susu ibu berkualiti tinggi tanpa mengira corak pemakanan ibu

* Mengurangkan risiko bayi mendapat demam kuning

* Risiko bayi mengalami masalah cirit-birit juga kurang

* Melancarkan sistem pengkumuhan bayi

Sumber :- Info Kesihatan
Related Posts with Thumbnails

How much do you know about Breasts? Pledge for Women

How much do you know about Breasts? Pledge for Women


How much do you know about Breasts? Pledge for Women profile image

Did you know that breast cancer is the No. 1 cause of cancer deaths among women in Malaysia? To contribute towards the future of women, all you need to do is fill in your name, email and pledge!

1 in 20 women in Malaysia has a risk of getting breast cancer in their lifetime? How much do you know about genital warts and HPV? Isn't it scary that it occurs among men and women aged 18-28 years and the prevalence is rising in younger age group (e.g., 15-19), and elderly individuals?


The Passionately You Cervical & Breast Cancer Awareness Campaign is a voluntary collaboration between Assunta Hospital, Asia Assistance, Jaya One and PJ Live Arts founded to encourage the community to support the cause for cervical & breast cancer awareness and early detection. It also helps raise funds for the Community Treatment Program at Assunta Hospital that provides aid to cancer patients from the low income group.

Help raise 6,000 pledges by 22nd of October 2011 by submitting your pledge and spreading awareness to your friends, joining celebrities such as Amber Chia, Niki Cheong, Farah Fauzana and former Miss Malaysia and cancer survivor Genevieve Sambhi! To make things even better, you might even get to win a 32” Panasonic LCD TV if you get all your friends to pledge as well... so what are you waiting for? Pledge now!