Monday, July 19, 2010

Puting tenggelam atau leper?

Rawatan

Adalah penting untuk diketahui bahawa kebanyakan bayi yang melekap dengan betul mampu mengeluarkan puting tenggelam atau leper. Terdapat beberapa pilihan untuk merawat puting tenggelam/leper bagi membolehkan bayi melekap dengan lebih mudah. Sesetengah rawatan ini boleh dipraktikkan semasa hamil dan sebahagiannya pula perlu dilakukan selepas kelahiran bayi.

1. Cengkerang payu dara(Breast Shells).

Alat yang turut dikenali sebagai cawan susu, cawan payu dara atau pembentuk puting ini mengambil kesempatan ke atas keanjalan semula jadi kulit sewaktu hamil dengan memberi tekanan yang lembut tetapi tetap kepada aerola sebagai usaha memecahkan lekatan di bawah kulit yang menghalang puting untuk tegang. Cengkerang ini dipakai di dalam coli, di mana memerlukan puan memakai saiz coli yang lebih besar berbanding coli biasa dipakai bagi memuatkan cengkerang. Sebaik-baiknya, cengkerang perlu dipakai bermula trimester ketiga kehamilan untuk beberapa jam setiap hari. Selepas mula selesa memakainya, puan boleh meningkatkan jumlah masa untuk memakainya di siang hari. Setelah bayi lahir, cengkerang yang sama boleh dipakai 30 minit sebelum setiap sesi penyusuan untuk mengeluarkan puting. Ia tidak sepatutnya dipakai di waktu malam dan susu yang dikumpulkan di dalamnya harus dibuang. Salah satu produk di pasaran adalah Nipple Former (produk Medela)

2. Teknik Hoffman.

Dengan melakukan teknik ini beberapa kali sehari, ia dapat melonggarkan lekatan pada pangkal puting. Untuk mengaplikasikan teknik ini, letakkan ibu jari di kedua-dua pangkal puting (bukannya di tepi aerola). Tolak perlahan-lahan bertentangan tisu payu dara dan pada masa yang sama tarik ibu jari jauh dari antara satu sama lain.
Dengan melakukan kaedah ini, puan akan meregang keluar puting dan melonggarkan pangkal yang ketat yakni menjadikan puting naik ke atas dan keluar. Latihan ini perlu diulangi 5 kali sehari mengikuti putaran arah jam di sekitar puting. Ia boleh dilakukan ketika hamil dan selepas bayi mula menyusu.

3. Pam payu dara.

Selepas melahirkan, penggunaan pam payu dara yang efektif amat membantu untuk mengeluarkan puting tenggelam atau rata. Gunakannya sejurus sebelum sesi penyusuan untuk membolehkan bayi melekap dengan lebih mudah. Ia juga boleh digunakan di lain waktu untuk membantu lekatan bawah kulit dipecahkan dengan menolak puting keluar secara sekata dari tengah.

4. Niplette.

Alat yang diperkenalkan oleh Avent ini turut membantu mengeluarkan puting dengan menyedutnya secara sekata, sama seperti yang dilakukan oleh pam payu dara. Ia memberi pemulihan kekal untuk puting tenggelam. Jadi, puan boleh mula memakainya sejak hamil.

5. Perangsang puting.

Jika puting boleh digenggam, puan boleh menggulung puting di antara ibu jari dan jari telunjuk selama satu atau dua minit dan kemudian dengan segera sentuh puting dengan kain lembap, sejuk atau dibalut ais (elakkan penggunaan ais yang lama kerana ia menyekat aliran susu dan menyebabkan puting kebas).

6. Tarik puting ketika pelekapan.


Memandangkan puan menyokong payu dara dengan ibu jari di atas dan empat jari yang lain di bawahnya, puan boleh tarik puting dari tisu payu dara ke dinding dada untuk membantunya menonjol.

7. Nipple shield.


Alat ini hanya boleh digunakan sebagai alternatif terakhir. Perisai puting adalah puting fleksibel yang dihasilkan daripada silikon yang ditempatkan di atas puting sepanjang sesi penyusuan. Ini dilakukan agar bayi dapat melekap dengan baik. Bagi mengelakkan bayi ketagih menyusu menggunakan perisai, ia sepatutnya dialihkan setelah bayi mula melekap dan menyusu dengan baik. Tempoh masa penggunaan perisai ini turut perlu dikurangkan.

Masalah yang mungkin berlaku akibat penggunaan perisai ini ialah mengurangkan penghasilan susu dan masalah pemindahan susu kepada bayi. Atas kemungkinan risiko ini, puan digalakkan hanya menggunakan perisai di bawah pengawasan pakar laktasi atau kaunselor laktasi. Perlu diingatkan juga bahawa walaupun terdapat risiko dalam penggunaan perisai ini, namun ia lebih baik daripada langsung tidak menyusukan bayi!

sumber: pa&ma

Wednesday, July 7, 2010

Payu dara tumbuh semula

BERITA baik untuk pesakit-pesakit kanser payu dara. Para pengkaji dari Australia telah membangunkan satu teknik pembedahan yang boleh menumbuhkan semula payu dara, biarpun selepas menjalani mastektomi.

Prosedur tersebut melibatkan penyematan satu ruang berbentuk payu dara di bawah kulit dada. Ruang itu mengandungi satu sampel tisu lemak wanita. Satu urat darah kemudiannya disambung pada lemak tisu itu bagi membolehkannya membesar dan seterusnya mengisi ruang tersebut dalam tempoh enam hingga lapan bulan.

PROSEDUR ini melibatkan penyematan satu ruang berbentuk payu dara di bawah kulit dada.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Mikro-Pembedahan Bernard O'Brien, Dr. Phillip Marzella berkata, ruang boleh dibiodegrasi itu akan dibangunkan dalam tempoh 24 bulan.

Prosedur yang bakal menawarkan golongan wanita satu peluang alternatif itu bergantung kepada keupayaan badan untuk mengisi kekosongan ruang tersebut. Sejenis bahan seakan-akan agar-agar boleh disuntik bagi merangsang pertumbuhan lemak.

- Independent

Masalah yang menganggu kesihatan payudara



Setiap wanita ingin punya payudara yang sihat dan cantik. Tetapi pada masa yang sama setiap wanita pun terkadang melakukan hal-hal yang dapat merosakkan kesihatan payudara. Apa saja kebiasaan buruk yang membuat payudara tak sihat?

Kebiasaan buruk bukan sahaja akan mengganggu kesihatan payudara, tetapi juga membuatnya tampak tidakcantik untuk selama-lamanya. Payudara dapat dipengaruhi oleh kehamilan, menyusui, menopause dan penuaan. Tapi Anda boleh mengurangi pengaruh negatif dengan tindakan-tindakan sederhana.

Seperti dinyatakan dari GeniusBeauty, berikut kebiasaan buruk dan musuh yang menyebabkan payudara tak sihat:

1. Berat badan yang turun naik secara mendadak

Berat badan naik adalah alasan terjadinya peregangan berlebihan pada kulit. Jika berat badan naik dan tiba-tiba menurun akan membuat kulit menjadi lembek dan kendur. Fluktuasi berat badan dapat membuat payudara tak sihat dan kehilangan bentuk idealnya.

2. Kebiasaan duduk yang salah

Wanita harus memperhatikan cara duduknya, kerana kebiasaan buruk postural atau cara duduk yang salah menyebabkan payudara melorot. Oleh kerana itu, selalu duduklah dengan benar, kerana tidak hanya bermanfaat untuk tulang belakang, tetapi juga untuk kesihatan payudara.

3. Ukuran bra yang tidak betul

Ketika memilih bra yang paling penting perhatikanlah ukurannya. Ukuran bra yang tidak tepat boleh membuat payudara menjadi tidak cantik dan tidak sihat. Bra yang terlalu ketat akan merosak sirkulasi darah yang boleh memicu terjadinya kanser payudara. Sedangkan bra yang longgar dapat mengakibatkan peregangan kulit, terutama bagi wanita yang memiliki payudara besar. Jadi pilihlah ukuran yang tepat.

4. Mandi berendam di air panas

Perlu diketahui bahawa air panas dapat membuat kulit kering dan tidak elastis. Maka sebaiknya hindarilah berendam air panas dalam jangka waktu yang lama.

5. Sinar ultraviolet

Banyak orang yang suka berjemur di pinggir pantai dengan menggunakan pakaian renang demi mendapatkan kulit berwarna kecoklatan. Tapi ternyata hal itu boleh membahayakan bagi kesihatan payudara. Selain terbakar, berjemur juga menyebabkan payudara kehilangan elastinya dan meningkatkan risiko terjadinya kanser payudara.

Tuesday, July 6, 2010

Daun Sireh

Menegangkan Payudara dan Membanyakkan Susu Ibu

Petua ini untuk memastikan payudara cantik membulat walaupun masih menyusukan anak.

Ambil beberapa helai daun sireh.

Layurkan atas api seperti melayur daun pisang.Agak-agak dah panas (jangan sampai terbakar plak daun sireh tadi), tekapkan pada payudara.

Buat seperti bentuk cup bra, tapi jangan menutup nipple. Buat pada kedua-dua belah payudara.Lepas tu pakailah coli seperti biasa.

Pakai daun sireh nie dalam 2 - 3 jam gituKalau rajin buat hari-hari (pupus daun sireh nanti)kalau tak rajin selang sehari.

Kepanasan daun sireh ini mampu merangsang otot-otot sekitar payudara, memejal dan memontokkan apa-apa yang patut.

Lagi best disamping memantapkan keampuhan payudara, petua nie juga boleh diamalkan bagi meransang dan membanyakkan susu badan insyaAllah.

Friday, July 2, 2010

Perubahan Payudara Semasa Hamil

Untuk mempermudah mengamati perubahan payudara semasa kehamilan, berikut ini ditunjukkan fenomena yang umum terjadi serta hal-hal yang perlu diperhatikan sesuai dengan usia kehamilan. Ini hanya sebagai panduan umum, kerana perubahan yang terjadi adakalanya berbeza pada setiap ibu.


Perlu diketahui bahawa yang disebut dengan "kolostrum" adalah air susu ibu yang dikeluarkan setelah melahirkan.Jadi cairan yang keluar dari puting sebelum persalinan bukan kolostrum.

Sumber : Ratuhati
Related Posts with Thumbnails

How much do you know about Breasts? Pledge for Women

How much do you know about Breasts? Pledge for Women


How much do you know about Breasts? Pledge for Women profile image

Did you know that breast cancer is the No. 1 cause of cancer deaths among women in Malaysia? To contribute towards the future of women, all you need to do is fill in your name, email and pledge!

1 in 20 women in Malaysia has a risk of getting breast cancer in their lifetime? How much do you know about genital warts and HPV? Isn't it scary that it occurs among men and women aged 18-28 years and the prevalence is rising in younger age group (e.g., 15-19), and elderly individuals?


The Passionately You Cervical & Breast Cancer Awareness Campaign is a voluntary collaboration between Assunta Hospital, Asia Assistance, Jaya One and PJ Live Arts founded to encourage the community to support the cause for cervical & breast cancer awareness and early detection. It also helps raise funds for the Community Treatment Program at Assunta Hospital that provides aid to cancer patients from the low income group.

Help raise 6,000 pledges by 22nd of October 2011 by submitting your pledge and spreading awareness to your friends, joining celebrities such as Amber Chia, Niki Cheong, Farah Fauzana and former Miss Malaysia and cancer survivor Genevieve Sambhi! To make things even better, you might even get to win a 32” Panasonic LCD TV if you get all your friends to pledge as well... so what are you waiting for? Pledge now!