Monday, November 28, 2011

Genetik Kanser Payudara


Merujuk pada penyelidikan , wanita atau lelaki akan berada dalam risiko serangan kanser payudara jika mereka mewarisi BRCA1 atau BRCA2 daripada mutasi ahli keluarga mereka. Tetapi , apakah itu BRCA1 dan BRCA2? Ia sebenarnya adalah jenis gen yang kadangkala dirujuk sebagai penindas tumor . Jika gen normal , ia akan membantu tubuh mengawal sel-sel ini daripada berkembang . Namun jika gen ini mengalami proses mutasi , maka akan berlakulah perkembangan sel yang tidak terkawal sehingga menyebabkan terjadinya serangan kanser itu . Menerusi penyelidikan tersebut , wanita akan mengalami mutasi pada BRCA1 dan BRCA2 mereka akan mengalami risiko lima kali lebih tinggi dari wanita biasa utnuk mengalami risiko kanser payudara.

Kaitan Sakit Kepala Dengan Bra

Sekumpulan doktor dari UT Southwestern Medical Center di Dallas melahirkan kebimbangan mereka terhadap tindakan sesetengah wanita yang memakai "Bra" bertali halus. Jika tali itu terlalu ketat sehingga tenggelam di bahu, ia akan memindahkan tekanan pada saraf servik. Saraf ini terletak dari leher sehingga ke bahu dan ia adalah komponen penting untuk sitem saraf. Jika ia mengalami gangguan , ia akan menyebabkan rasa sakit kepala yang kerap , sakit leher dan rasa kebas.

Wednesday, November 23, 2011

Permulaan Pertumbuhan Payudara

Fasa-Fasa Pertumbuhan
1) Remaja
-Remaja perempuan dianggap sebagai tahap pertama pertumbuhan payudara.Payudara pada peringkat awal pertumbuhannya adalah mendatar.Puting susu adalah satu-satunya bahagian yang menonjol keluar dari dada.
2) Payudara Mulai Menonjol
-Kuncup yang tumbuh di bawah puting payudara dan kadang-kadang terasa membuat puting payudara dan kadang – kadang terasa seperti benjolan .Kuncup ini membuat putting lebih menonjol dan membuat dada lebih berbentuk.Puting susu juga kadangkala terasa sakit.
3) Pertumbuhan Payudara
-Payudara mulai membengkak dan tumbuh selama tahap tiga.Lingkaran yang lebih gelap dari kulit sekitar puting disebut “aerola” semakin besar .Ia memerlukan tempoh masa sehingga 24 bulan.
4) Puting mulai “membukit”
-Fasa ini puting dan aerola menjadi lebih besar pada tahap 4.Tahap 4 turut mengambil masa selama 24 bulan
5) Dewasa
-Dewasa ialah fasa terakhir untuk perkembangan payudara.Puting dan aerola menjadi reintegrasi bentuk dasar payudara dan payudara tumbuh ke ukuran dewasa yang bervariasi antara wanita.

Tuesday, November 22, 2011

Tanda-Tanda Kanser Payu Dara






Tanda-tanda kanser payu dara adalah seperti berikut:

1. Ketulan dalam payu dara. Tanda ini adalah yang paling lazim didapati di kalangan wanita berpenyakit barah payu dara. Ketulan itu tidak menimbulkan kesakitan dan biasanya disedari secara tidak sengaja seperti semasa mandi ataupun semasa pemeriksaan sendiri payu dara.
2. Terdapat ketulan kelenjar yang membesar di bahagian ketiak.

3. Terdapat cairan seperti darah atau nanah yang keluar daripada puting payu dara.

4. Terdapat perubahan pada kulit payu dara. Perubahan yang perlu diperhatikan ialah kulit menyerupai kulit limau oren (peau d'orange) yang berlubang kecil. Keadaan ini menandakan bahawa barah telah merebak dan berkemungkinan besar saluran limfa telah tersumbat olehnya. Perubahan bentuk payu dara juga boleh menandakan terdapat barah padanya.

Monday, November 21, 2011

Tips Pakaian Bagi Individu Berpayudara Besar

Tips memilih pakaian bagi anda yang berpayudara besar:

-Bagi anda yang berpayudara besar anda seharusnya berbangga kerana tidak semua wanita memiliki payudara yang besar .Tetapi kadangkala memiliki payudara besar agak menyulitkan terutama ketika memilih pakaian.

1. Mengenakan atasan dengan bentuk v tapi hindari model plugging neckline
2. Baju yang memiliki potongan empire dapat menyeimbangkan payudara yang besar
3. Memakai dress dengan warna gelap dapat menyamarkan payudara yang besar
4. Hindari pakaian yang ketat kerana akan membuat payudara Anda seperti mau ‘meledak’
5. Jangan mengenakan cardigan atau jaket yang menutupi seluruh bagian dada, karena akan membuat badan Anda terlihat ‘penuh’
6. Tambahkan kalung atau aksesori sebagai pelengkap dress Anda
7. Jika Anda bingung untuk memilih dress yang tepat, lebih baik jatuhkan pilihan pada wrap dress karena model ini paling sesuai untuk payudara besar.
8. Mengenakan pakaian yang longgar, bukan berarti dapat menutupi payudara yang besar

Thursday, November 17, 2011

Cegah Dan Atasi Jerawat Payudara



1.Hindari spot-bra
• Mengenakan spot-bra menyebabkan payudara kurang bernafas
• Kelembapan yang tinggi menyebabkan munculnya jerawat payudara
• Setelah olahraga seeloknya terus ganti bra yang mempunyai pengudaraan yang bagus
2.Berpeluh (segera mandi)
• Salah satu cara untuk mencegah timbulnya jerawat payudara adalah dengan mandi sesegera mungkin jika banyak berpeluh
3.Gunakan sabun anti-bakteria
• Ketika mandi gunakan sabun anti-bakteria kerana ia membantu pencegahan jerawat
4.Gunakan pengering rambut
• Kelembapan yang berlebihan di daerah payudara sukar untuk dihilangkan
• Oleh itu, keringkan dengan bantuan pengering rambut
5.Gunakan ubat anti-jerawat
• Bagi yang memiliki kulit sensitive segera bati dengan ubat jerawat
• Oleskan setelah mandi dan tubuh dikeringkan
6.Jumpa doktor
• Jika tidak mampu mengatasi jerawat payudara anda haruslah segera kunjungi doktor
• Minta saranan doktor bagaimana untuk mencegah dan mengatasi masalah jerawat tersebut

Tips Menjaga Kesihatan Payudara



Pola makan yang tinggi lemak dapat meningkatkan risiko kanser payudara . Pola pemakanan yang kaya lemak dapat menghasilkan zat kimia dalam usus yang ketika berhubungan dengan bacteria akan merubahnya menjadi estrogen sebagai penyebab kanser.

Tingkatkan pengambilan serat
Kandungan buah-buahan dan sayuran penting untuk mencegah kanser payudara. Serat yang terkandung dalam makanan seperti buncis , seluruh jenis gandum, buah-buahan dan sayuran dapat mempengaruhi metabolism estrogen dalam tubuh dan menurunkan estrogen dalam darah.

Makan banyak sayuran
Makan sayuran seperti kangkung , bayam dan lobak cina baik bagi kesihatan payudara kerana mengandungi komponen sulfur yang disebut indoles.Indoles dapat membantu mengurangi estrogen dari tubuh dan mencegahnya tumbuh menjadi kanser payudara.

Ikan
Mengamalkan makan ikan setiap minggu seperti tuna , salmon , makarel dan sarden dapat membantu mencegah kanser payudara . Minyak Omega 3 yang biasanya ditemukan dalam ikan ini dapat membantu memperkuat sistem kekebalan dan menghalangipengaruh tumor yang menyebabkan kanser. Mungkin pendapat terbaik mengenai hal ini adalah penemuan di Amerika Utara dimana wanita Eskimo yang makan minyak Omega 3 berasal dari ikan sama sekali tidak memiliki kanser payudara.

Wednesday, November 16, 2011

Petua payudara


Petua mencantikkan payudara

• Panaskan dua sudu minyak sapi kemudian biarkan sejuk
• Sapu dan urutkan di sekeliling payudara selama 15 minit.
• Ambil sehelai tuala bersih dan basahkan dengan air suam
• Lapkan minyak sapi sehingga bersih.
• Tumbuk sepuluh biji bawang merah hingga lumat
• Sapukan disekitar buah dada atau payudara, jangan terkena putingnya ,biarkan selama 15 minit
• cuci dan bilas dengan air bersih.


Petua menegangakan buah dada

• Dapatkan beberapa helai daun sirih yang berdaun lebar dan berwarna hijau
• Sapukan minyak kelapa (seelok-eloknya dibuat sendiri) pada daun sirih
• Salaikan mengunakan api lilin dan tekapkan pada buah dada. Biarkan kering dan lakukan berulang kali , petua ini dipanggil 'Petua Sayang Suami'.
• Kupas setengah biji labu dan kukus atau rebus sehingga menjadi lembik. Ramas labu tersebut ketika masih suam
• Sapukan pada seluruh buah dada lebih kurang 20 minit. Amalkan 2 kali seminggu.
• Sapukan putih telur pada sekeliling buah dada dan biarkan kering semalaman , amalkan 3 kali seminggu
• Amalkan meminum air didihan nasi sebelum tidur malam. InsyaAllah mujarab.

6 Mitos dan Fakta Sebenar Mengenai Kanser Payudara


1. Penggunaan agen antipeluh mengakibatkan kanser payudara
• Fakta: Tiada bukti menunjukkan bahawa bahan aktif dalam agen antipeluh atau mengurangkan perpeluhan di bawah ketiak mempengaruhi risiko kanser payudara. Hubungan antara kanser payudara dan agen anti peluh adalah berdasarkan maklumat yang tidak tepat mengenai anatomi dan kanser payudara.
2. Semua benjolan adalah kanser
• Fakta: Secara umumnya, 80% benjolan adalah tidak merbahaya (bukan kanser) dalam payudara terutama di dalam golongan wanita muda di bawah 35 tahun. Akan tetapi risiko kanser ini akan meningkat dengan bertambahnya usia.
3. Semakin besar ukuran payudara, semakin tinggi risiko
• Fakta: Jumlah tisu payudara seseorang wanita tidak mempengaruhi risiko pertumbuhan kanser payudaranya. Saiz payudara bukan faktor risiko yang signifikan bagi kanser payudara.
4. Mammogram menyebabkan kanser
• Fakta: Mammogram adalah prosedur yang selamat serta melibatkan radiasi yang sangat minimum untuk mewujudkan imej payudara yang jelas. Sistem mamografi diperakui selamat, dikawal ketat dan pengggunaan dos radiasi yang rendah.
5. Keguguran cetusan menyebabkan kanser payudara.
• Fakta: Beberapa kajian memberikan data yang kuat bahawa sama ada keguguran cetusan atau spontan tidak mempunyai pengaruh secara keseluruhan terhadap risiko kanser payudara.
6. Implan payudara menyebabkan kanser
• Fakta: Beberapa kajian mendapati implan payudara tidak meningkatkan risiko kanser payudara, walaupun implan payudara silikon boleh menyebabkan pembentukan parut yang tidak berbahaya pada payudara.

Penjagaan payudara


1.Periksa payudara anda
• Anda digalakkan untuk membuat pemeriksaan payudara anda sendiri sekurang-kurangnya sebulan sekali
• Waktu yang sesuai untuk anda lakukan pemeriksaan ini adalah pada tarikh yang sama setiap bulan atau beberapa hari selepas kedatangan haid
• Mengikut kajian , selepas haid payudara anda masih lagi lembut dan senang untuk mengesan sekiranya terdapat sebarang tanda dan segeralah berjumpa doktor
2.Jauhi pembedahan
• Ada segelintir yang ingin memiliki payudara yang besar dengan mengambil jalan yang mudah iaitu melakukan pembedahan
• Sebelum anda mengambil keputusan untuk melakukannya anda digalakkan memb uat beberapa kajian akan risiko yang anda akan alami selepas melakukan pembedahan tersebut kerana ia mungkin akan mengorbankan asset kesayangan ini
• Sebenarnya kecantikkan seorang wanita datang dari dalam diri seseorang wanita itu sendiri
3.Menjaga kebersihan payudara
• Kita digalakkan untuk menjaga kebersihan diri termasuk jugalah dengan payudara kerana payudara yang bersih akan membuat payudara bertambah cantik
• Apabila anda melakukan pemeriksaan anda haruslah memberikan sepenuh tumpuan pada bahagian puting kerana ia merupakan kilang pengeluaran susu minyak
• Pengeluaran minyak adalah bertujuan untuk melicinkan bahagian puting dan arela supaya tidak kering serta kulit tidak pecah minyak
• Cara pengunaan kapas dan minyak zaitun boleh dipraktikkan untuk bersihkan kalenjar minyak
4.Gunakan baju dalam yang sesuai
• Apabila anda memilih baju dalam anda haruslah memilih mengikut kesesuaian anda contohnya memakai baju dalam ketika hamil dan tempoh menyusu anda haruslah sesuai ikut situasi tersebut
• Ini kerana untuk memastikan payudara berada dalam keadaan yang betul
5.Penyusuan
• Ketika menyusukan bayi anda haruslah meletakkan bayi di dalam posisi yang betul agar bayi anda tidak menarik payudara anda
• Di dalam proses penyusuan berlaku terdapat masalah y dihadapi oleh segelintir wanita yang dipanggil bengkak susu
• Masalah ini dapat diatasi dengan cara memerah susu secara lembut untuk mengurangkan kesakitan atau dengan cara menuam payudara menggunakan air suam
• Dengan menyusukan anak ia dapat membantu mengecutkan rahim dengan cepat kepada asal dan menghindarkan daripada terkena penyakit barah

6.Jangan ramas payudara
• Anda dinasihatkan agar tidak meramas payudara ketika melakukan hubungan kelamin ini kerana ia boleh membuatkan payudara anda lebih cepat kendur daripada biasa

Tuesday, November 15, 2011

Pentingnya Urutan Payudara


-urutan dapat memberi kelegaan kepada badan yang sengal-sengal . Urutan pada payudara turut memberi kesan positif kepada wanita terutama yang hamil dan lepas bersalin. Urutan yang betul pada payudara dapat mengekalkan bentuknya terus mantap.
-urutan secara putaran mengelilingi payudara juga dapat mengurangkan rasa berdenyut dan sakit apabila ia mengeras.
-urutan boleh dilakukan pada bila-bila masa


Teknik Ramasan
-mampu mengurangkan risiko penyakit kanser payudara
-ramasan hendaklah dilakukan dengan melakukan tolakkan payudara ke atas dan ke bawah seberapa banyak masa dilakukan , jangan ditolak ke kiri dan ke kanan

Tips Merawat Payudara

1.Payudara perlukan nutrisi dari bahan makanan.Melalui pemakanan yang seimbang bukan sahaja dapat mengawal berat badan malah payudara juga turut terbentuk secara alami.

2. Kulit payudara anda hanya mengandungi sedikit kolagen.oleh itu jangan menggesek payudara dengan benda kasar misalnya scrub atau handuk.

3.Olahraga turut membantu dalam mengencangkan payudara.

4.Gunakan bra yang sesuai dengan ukuran dan bentuk payudara
Related Posts with Thumbnails

How much do you know about Breasts? Pledge for Women

How much do you know about Breasts? Pledge for Women


How much do you know about Breasts? Pledge for Women profile image

Did you know that breast cancer is the No. 1 cause of cancer deaths among women in Malaysia? To contribute towards the future of women, all you need to do is fill in your name, email and pledge!

1 in 20 women in Malaysia has a risk of getting breast cancer in their lifetime? How much do you know about genital warts and HPV? Isn't it scary that it occurs among men and women aged 18-28 years and the prevalence is rising in younger age group (e.g., 15-19), and elderly individuals?


The Passionately You Cervical & Breast Cancer Awareness Campaign is a voluntary collaboration between Assunta Hospital, Asia Assistance, Jaya One and PJ Live Arts founded to encourage the community to support the cause for cervical & breast cancer awareness and early detection. It also helps raise funds for the Community Treatment Program at Assunta Hospital that provides aid to cancer patients from the low income group.

Help raise 6,000 pledges by 22nd of October 2011 by submitting your pledge and spreading awareness to your friends, joining celebrities such as Amber Chia, Niki Cheong, Farah Fauzana and former Miss Malaysia and cancer survivor Genevieve Sambhi! To make things even better, you might even get to win a 32” Panasonic LCD TV if you get all your friends to pledge as well... so what are you waiting for? Pledge now!