
Simptom payudara yang tidak merbahaya adalah merupakan keadaan bukan kanser payudara yang paling kerap. Ia menyebabkan payudara berasa sakit atau terasa sakit bila disentuh. Kelainannya boleh berubah-ubah dari bulan ke bulan kerana keadaannya dipengaruhi oleh perubahan kadar hormon wanita.
Ia biasanya dikesan semasa payudara diperiksa sendiri dan kemudian dipastikan dengan ujian perubatan. Kita bernasib baik kerana keadaan atau simptom ini boleh dihilangkan ataupun dikurangi dengan rawatan doktor. Kesakitan boleh hilang ataupun dilegakan.
Kalau ketulan cecair yang terdapat di payudara anda tidak mempunyai simptom dan anda tidak terasa apa-apa kesakitan, kemungkinan besar, ini tidak memerlukan apa-apa rawatan tetapi anda akan dinasihati untuk membuat pemeriksaan semula pada waktu yang ditetapkan oleh doktor anda.
Jadi jika anda ragu-ragu samaada anda mengidapi keadaan ini, sila berjumpa doktor anda. Bertanyalah tentang rawatan dan ubat yang boleh membantu. Walaubagaimanapun, bertenang. Anda akan rasa lebih selesa apabila mengetahui bahawa ini adalah keadaan yang tidak merbahayakan.


0 comments:
Post a Comment